 |
| -gambar hiasan- |
Oleh: Dwen Puyau
Dalam bahasa kiasan Inggeris ada mengatakan "
don't judge a book by its cover", dan itulah kiasan yang sering digunakan oleh masyarakat barat untuk menyatakan sesuatu pendapat mereka.
Walau
pun dari mana dan siapa pandangan itu datang, tetapi jika ianya benar,
logik dan bermanfaat maka pendapat itu harus di ambil kira dan menjadi
iktibar walau pun orang yang berkata-kata itu mempunyai moral yang amat
rendah.
Sebagai contoh; jika seorang pemuka agama
berkata-kata dan bercakap perihal kepakaran agamanya, tetapi moralnya
rendah, maka kata-katanya tetap diambil kira kerana yang di nilai ialah
apa yang terbit dari kata-katanya, dan bukan dari apa yang zahir dari
dirinya. Adakah ini yang berlaku?.
Maka lantaran dari itu
sebahagian dari kita di Malaysia apabila berkata-kata, malah taatkala
menyampaikan ceramah agama ataupun menyampaikan ilmu, mengeluarkan
kata-kata yang tidak sewajarnya.
Ini mungkin kerana
mungkin masyarakat sudah mula terpengaruh dengan kiasa inggeris tersebut
hinggakan bukan cara dan gayanya yang kita ambil darinya, tetapi apa
yang disampaikannya.
Tetapi yang menghairankan saya,
kenapa dalam ceramah-ceramah dan majlis-majlis agama sahaja yang sering
berlaku sedemikian, sedangkan dalam majlis ilmu lain tidak dan jarang
sangat berlaku.
Adalah baik bagi aku bersangka baik kepada
mereka, kerana mereka yang berceramah lebih memahami soal hukum
sedemikian kerana mereka bukanlah calang-calang orangnya dan bergelar
ulama pula. Adakala saya merasakan seolah-olah mungkin mereka terlalu
terpengaruh dengan situasi dan ceramah politik yang penuh dengan maki
hamun.
Dan mungkin juga kerana kita sering mengatakan
tidak boleh di pisahkan antara politik dan agama, jika di pisahkan itu
adalah sekular. Lantaran itu ceramah agama bagai tidak boleh dipisahkan
dengan ceramah politik dan begitulan sebaliknya. Masing-masing ada
pandangan, dan yang pentingnya masing-masing ada nas masing-masing.
Dan
adakah kerana mungkin itu satu method penyampaian da’wah yang saya
tidak tahu. Maka dengan itu saya ambil pendirian lebih baik saya berdiam
diri terhadap gaya dan cara penyampaian ceramah yang sedemikian.
Kalaulah itu diiktiraf sebagai satu method da’wah dalam Islam, saya
menerimanya atas dasar strategi da’wah