Showing posts with label FB. Show all posts
Showing posts with label FB. Show all posts

Friday, April 26, 2013

Ulama PAS yang sesat ni ikut petunjuk khulafa ar-rasyidin..


Oleh : Ustaz Zahazan

Tolong info jika ada yg lain !

Assalammu alaikum warahmatullah

Pernah tak dengar ttg khalifah Islam terkenal , Umar b Ab Aziz ra yg disifatkan oleh Imam Syafiiy sebagai mujaddid islam yg pertama ?

Hingga kan Harun al Rasyid khalifah islam di kalangan Abbasiy pernah berkata , aku tak pernah rasa cemburu melebihi cemburuku pada Umar di kalangan Bani Umayyah yg menjadi khalifah Islam yg telah membawa kebaikan & keadilan buat umat.
Hidupnya utk yg maha hidup, bukan utk mngumpul harta mcm pemimpin yg lain..
Bahkan barang kemas koleksi isterinya juga telah dikembalikan pd Baitul mal kerana Umar merasa ragu tentang kaedah pemerolehannya oleh pak mentuanya yg dulu merupakan pemimpin sebelumnya..

Itulah Umar b Ab Aziz & yg semisal dgnnya yg melihat kepimpinan adalah amanah..
Harta rakyat adalah amanah, bukan utk digunakan utk kepentingan peribadi dibahagi sama sendiri pada kroni, proksi & anak isteri..

Sementelahan pula kalangan pemimpin lain dari planet lain melihat jawatan politik utk bikin harta..

baru jer jadi ketua wilayah da memiliki bukan ratusan mil. lagi malah bil. hingga tak boleh nak ditutup lagi sampai luar negara pun tahu..

Apa nak buat, bila ditanya nanti dilabel tukang fitnah , pengkhianat, tak neutral dan macam2 lagi...

Kadang2 kita yg tak belajar tinggi terfikir , harta banyak camtu dimakan tujuh keturunan pun tak habis..

Makan roti canai pun sama dgn kita, teh tarik yg sama..
Tapi apalah tamak sangat sampai gitu banyak kumpul harta..
Takut jika kalah pilihanraya nak sembunyi kat mana ..

Apa nak jadi ???

Ada pula yg lebih 'tak sekolah' kata jika anda jadi ahli politik pun anda akan buat macam mereka ???

Tengok !!! 
Betapa golongan ini memenjarakan diri dgn kejahilan & kepandiran yg ekstrem.. 

Pergilah berjalan luar negara & lihat cara org maju berfikir..

Hak rakyat adalah utk mempersoalkan para pmimpin apa keprluan buat projek itu & ini..
Berapa banyak wang negara dibelanjakan.. 
Siapa yg menerima, apakah kelayakannya dpt projek , mngapa dia dipilih ??

Jangan ada orang jahil yg membandingkan urusan kpimpinan kerajaan macam urusan bisnes sbb kerajaan prinsipnya guna harta rakyat utk kepentingan rakyat sdgkn perniagaan utk jaga kpntingan pemilik bisnes..

Jika nak komen tlg gunakan akal bukan 'kebodohan' & emosi ..

Gambar di atas adalah bukti masih ada pemimpin yg berusaha ikut petunjuk khulafa rasyidin mcm Umar b Ab Aziz, tulah sebab kepimpinannya bertahan lebih dua puluh tahun ..
Tak dinafikan ada kkurangan dlm pentadbirannya tapi kenapalah rakyat masih terus mmilihnya ..

Jika ada yg lain tolong maklumkan krn saya amat mmrlukannya , tk.


The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Sunday, October 21, 2012

Apa la sangat dengan DENGGI yee...



Oleh: Zul Azri Muhaiyadin
Kes denggi naik secara mendadak sehingga kerajaan telah mengisytiharkan empat negeri iaitu, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Selangor memiliki jumlah pengidap denggi kritikal. Dari Januari sehingga 24 September 2005, sebanyak 27,569 kes demam denggi dicatatkan di seluruh negara berbanding 21,786 kes dalam tempoh yang sama pada tahun lepas. Jumlah kematian telah meningkat kepada 70 orang tahun ini berbanding 68 orang dalam tempoh yang sama sepanjang tahun lalu. Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan melancarkan Operasi Kawalan Denggi secara besar-besaran di kesemua negeri terbabit bagi membendung dan mencegah penyebaran penyakit yang boleh membawa maut.

Apa itu Denggi?

Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut. Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes. Penyakit ini biasanya berlarutan selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.
The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Saturday, September 08, 2012

Cara Tercepat dan Terbaik!!



Cara Tercepat dan Terbaik Dalam Membantah Tuduhan Terhadap Kaum Muslimin sebagai Terroris

Ustadz Pierre Vogel membantah tuduhan tersebut dengan lebih cepat dan lebih pendek dan ba
ntahan terbaik yang pernah saya dengar dalam hidup saya untuk dakwaan Muslim dengan terorisme.

Siapakah yang menyulut perang dunia pertama? Apakah orang islam?

Siapakah yang menyulut perang dunia kedua? Apakah orang islam?

Siapakah yang menjatuhkan bom atom atas Hiroshima (dan Nagasaki)? Apakah orang islam?

Siapakah yang membantai 20 juta orang aborigin di Australia? Apakah orang islam?

Siapakah yang membantai lebih dari 100 juta suku indian merah di utara Amerika? Apakah mereka orang islam?

Dan Siapakah yang membantai lebih dari lebih dari 50 juta indian mereh di Amerika Selatan? Apakah mereka orang islam?

Siapakah yang mengambil lebih dari 150 juta manusia dari Afrika sebagai budak, yang mana 77 % dari mereka mati di jalan dan dikubur di lautan atlantik? Apakah orang islam?

Bukan, bukan orang islam.

(Lalu siapa terorisnya?)


Sebaik-baik ucapan adalah yang singkat dan mengena.



The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Arahan ke-22 daripada MKN bakal dikeluarkan...

Dalam FB dulu aku ada tulis pasai "kalau kjaan yang ada jatuh ..tentera ambil alih..YDP Agong akan selia"..ada kawan aku yg dalam askar marah sangat kat aku..Baik kat sini aku siarkan lagi info dari sorang lagi kawan blog..baca dan hadam sendiri. Lepas tu pikior la dalam2 sampai mendidih otak hangpa..adakah benar apa yg ditulis??


ni satu info yang gua dapat.... sumbernyer "hearsay" ... tapi faktanyer credible.... macam nih.....

Kalu berlaku kekalahan kepada BN lebih dari 40% kerusi dari jumlah keseluruhan kerusi Parlimen yang ader... maka tindakan drastik akan diambil oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mana satu arahan akan dikeluarkan untuk memastikan keselamatan dan kestabilan pentadbiran terjamin...

MKN selama ini telahpon mengeluarkan 21 arahan sepanjang penubuhannya 41 tahun dahulu...yang mana arahan terakhirnya adalah berkaitan "Ancaman Ketenteraman Awam" ... Ianya dikaitkan dengan situasi insiden dan rusuhan awam serta faktor-faktor yang melingkarinya...

Jadi... MKN dikhabarkan akan mengeluarkan arahan ke 22 pada malam pengiraan undi sekiranya jumlah kerusi yang dimenangi oleh BN kurang daripada 60% ... Dan sepertimana lu orang boleh agak... arahan tersebut adalah berkaitan dengan jangkahayat UMNO/BN dan bukannya kepada kestabilan politik. Aper yang pasti arahan tersebut mungkin akan melengkapkan sejarah negara dengan adanyer satu lagi "pergantungan keputusan pilihanraya" dan seterusnya pemerintahan persekutuan akan dikendalikan oleh YDP Agong...


Bacaaan lanjut ---->
Bhai... Ada Sesuatu Yang Lu Perlu Tau...
Apakah benar atau tidak..sama2 kita tunggu PRU13 nanti...

The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Saturday, September 01, 2012

18SX : Janda dan Malam (Widow and Night)

Oleh: Mokhtar Petah


Manusia berduyun - duyun keluar dari Masjid Haram, selepas sembahyang fardu Isya. Seorang janda Melayu (usia 34 tahun) berdiri di sisi sebatang tiang lampu dan dekat wakaf air zamzam. Dia menangis. Sedih. Jantungnya bagaikan sebuah kolek digoncang sebuah ombak Tsunami. Lelaki yang lalu dan berhenti merenungnya:

Lelaki: Assalamualaikunna. Ngapa cik menangis di sini.
Janda: Saya
sedih, saya duka ..., macam gila.
Lelaki:Ngapa?
Janda: Di negeri saya, Johor, saya tengking suami saya, saya hardik dia, saya jadikan dia macam kuli ..., saya tak beri apa yang dia hendak, tapi dia tak marahkan saya....
Lelaki:Ooo, sabar?
Janda: Ia, dia sabar. Dia ajak saya datang ke sini, buat ibadat umrah...
Lelaki: Mana dia?
Janda: Dia dah matiiiii ....
Lelaki: Haaaa?
Janda: Saya berdosa, dia tak maafkan saya ..., dia tinggal lima keping geran tanahnya atas nama saya, duit setengah juga ...
Lelaki: Baguslah, kayalah.
Janda: Taaaaak, saya berdosaaaaaa..., dia dah pergi, tak ampunkan saya..., hanya tinggal hartaa, duit, buat apa...
Lelaki: (hatinya berkata): Perempuan derhakalah ini.
Janda: ( Tubuhnya luruh bersama bujamnya tas batu tepi jalan dan menangis).
Lelaki:(Berjalan meinggalkan janda dan Kata - katanya ditelan): Alun Naar - ahli neraka - ,Jahannam.



The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com