Peristiwa Perletakkan Hajar Aswad ( ini adalah urusan yang melibatkan Amanah; Siddiq; Tabligh; Fatonah )
Ketika Nabi Muhammad SAW berusia 35 tahun, kota Mekah dilanda banjir besar. Akibat banjir tersebut Kaabah menjadi rosak dan Hajar Aswad hanyut dari tempatnya. Orang-orang Mekah kemudian berusaha memperbaiki Kaabah dan mengembalikan Hajar Aswad ke tempatnya semula.
Setelah pembaikkan Kaabah selesai, terjadi perselisihan yang melibatkan antara empat suku kaum besar di Mekah. Mereka berebut untuk meletakkan Hajar Aswad, kerana masing-masing suku kaum mengaku paling berhak untuk meletakkan Hajar Aswad. Perselisihan itu tidak dapat di selesaikan. Tidak lama kemudian datang seorang Quraisy bernama Abu Ummayyah bin Mughirah Al Makhzumi. Dia berusaha meleraikan pertikaian keempat-empat suku kaum tersebut, tetapi tidak berhasil.
Kemudian Abu Ummayah mengusulkan agar perselisihan tersebut diselesaikan oleh seorang hakim. Orang yang berhak menjadi hakim adalah orang yang pertama sekali masuk Masjidil Haram melalui pintu safa pada keesokan harinya.
Usul tersebut dipersetujui oleh para pemuka suku Quraisy. Ternyata orang yang pertama masuk melalui pintu safa adalah Nabi Muhammad SAW. Semua suku kaum bersetuju bahawa yang menjadi hakim untuk menyelesaikan pertikaian mereka adalah Nabi Muhammad SAW. Mereka juga percaya bahwa Nabi Muhammad SAW dapat menyelesaikan masalah tersebut.
Nabi Muhammad SAW dikenali sebagai seorang yang jujur dan dapat memberikan keputusan yang adil, sehingga mereka percaya pada beliau. Nabi Muhammad SAW kemudian membentangkan serbannya di tanah dan meletakkan Hajar Aswad ditengahnya. Beliau meminta setiap para kepala suku kaum untuk memegang hujung serban dan mengangkatnya bersama-sama.
Kemudian Nabi Muhammad SAW mengambil Hajar Aswad dan meletakkan di tempatnya semula. Dengan demikian perselisihan dapat di selesaikan dengan baik. Para kepala suku merasa puashati dengan penyelesaian yang dilakukan Nabi Muhammad SAW.
Oleh : ISA
Kisah di atas telah dikirimkan oleh seorang pengomen yang bernama Don. Beliau menyarankan gua forwardkan kisah di atas kepada Elitis Pakatan Rakyat, dan posting ini gua khususkan kepada Elitis PAS..... terutama Tuan Presidennya dan PAS Terengganu.... yang bangang dan tak paham dengan konsep "Tahaluf Siyasi".... iaitu tak tahu menghormati "Persepakatan/Persefahaman" yang telah di meterai sesama parti dalam Pakatan Rakyat... hahahahaha....
Jika DAP atau PKR.... yang buat hal, gua boleh faham sebab tak faham soal Islam, ini puak2 PAS yang bernafsu hantu raya yang buat hal.... takan laaaa... malaun tu tak faham bahawa orang2 Islam tidak boleh memungkiri janji... malaun tu spesies munafik agaknya...., so... kalau dah munafik tu... eloklah Jawatankuasa Parti ambil tindakan pecat jer... malaun2 yang terlibat tu daripada Parti PAS sebelum diorang memunafikkan ahli2 yang lain.... barulah kena dengan slogan "PAS ganti UMNO".... muakakakakakaaaaa....!!!
Cisssss..... malaun2 tu semua perosak imej Islam dan perosak perjuangan PAS jer....!!!!
The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com