Showing posts with label PR. Show all posts
Showing posts with label PR. Show all posts

Thursday, April 25, 2013

Ciss..malaun2 tu semua perosak imej Islam dan perosak perjuangan PAS jer!! - 2

WARKAH WARIS KARL MARX UNTUK PRESIDEN PAS


Saya masih tidak dapat tidur lena selepas melihat dakwaan Tuan Haji Hadi Awang terhadap beberapa calon Pakatan Rakyat. Dari isu pil kuda sehingga komunis. Saya tertanya diri sendiri, adakah dakwaan Tuan Haji ini benar atau hanya dakwaan sahaja? Di sini saya ingin mengulas beberapa perkara yang saya tidak puas hati.          Semua rakyat malaysia telah mendapat satu tamparan hebat pada 20.4.13, apabila terdapat pertindihan pada 7 kerusi antara PKR dan PAS. Aspirasi Rakyat untuk PRU13 ini adalah untuk kuburkan BN dan Putrajaya ditawan oleh PR. Tetapi apabila berlaku pertindihan, ramai kecewa dengan tindakan parti komponen PR iaitu PAS dan PKR.

          Seperti diketahui semua, 6 kerusi yang bertindih telah diselesaikan semalam. Namun isu DUN Kota Damansara, Selangor tidak diselesaikan. Sehari sebelum isu ini diselesaikan, Tuan Haji telah memberi penjelasan kenapa berlaku pertindihan dan video tersebut telah dimuatnaik di Youtube. Sehingga kini video ini telah mempunyai 74 ribu penonton. Saya hairan kenapa isu Kota Damansara tidak dapat diselesaikan seperti 6 kawasan lain. Akhirnya saya ketahui jawapannya tertera di dalam video ucapan Tuan Haji.

          Tuan Haji, pada hari penamaan calon saya terkejut dengan beberapa tindakan dari rakan PAS. Pertama sekali bila ada wakil dari PAS bertanding di Kota Damansara. Saya terkejut kerana mengikut pengetahuan saya, parti komponen PR tidak boleh bersaing antara satu sama lain. Di Kota Damansara, Dr Nasir bertanding atas tiket PKR walaupun beliau merupakan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia. Perbincangan logo telah dilakukan antara pihak PKR dan PSM serta telah mendapat watikah dari PKR. Perselisihan ini yang tidak dapat saya fahami sehingga kini.
          
          Insiden kedua yang menghairankan saya pada hari pencalonan ialah doa oleh orang-orang PAS. Setahu saya, musuh saya ialah Barisan Nasional dan musuh PR juga Barisan Nasional. tetapi saya tidak tahu musuh PAS ialah Dr Nasir. Mengapa saya berkata sedemikian kerana doa yang dilakukan ialah 'HANCUR NAJIB, HANCUR NASIR'. Memang saya terperanjat dengan doa sebegini dilakukan oleh penyokong PAS. Setahu saya, Nabi Muhammad pun tidak pernah membenci golongan Nasrani mahupun Yahudi. Saya masih tidak fahami kenapa PAS membencikan Dr Nasir.

         Sejak saya pergi ke Kota Damansara, banyak dakwaan telah dilemparkan terhadap Dr Nasir. Semuanya berlandaskan agama Islam. Ada yang mengatakan Dr Nasir tidak sembahyang. Ada orang mengatakan Dr Nasir tidak memberikan peruntukan untuk masjid dan surau di Kota Damansara. Saya memang terkejut dengan tuduhan sebegini ke atas Dr Nasir. Setahu saya Dr Nasir bukan seperti yang dikatakan.

         Saya masih ingat, Dr Nasir telah pergi ke Umrah. Setahu saya jika seseorang tidak sembahyang dan murtad ataupun bukan Islam tidak boleh pergi ke tanah suci. Jika pergi juga, perkara buruk akan berlaku kepadanya. Jika Dr Nasir tidak sembahyang dan sebagainya, bagaimana beliau boleh sampai ke tanah suci dan balik dengan selamat? Ini yang menghairankan saya.

         Tuduhan Komunis oleh Tuan Haji, memeranjatkan saya lagi. Lebih-lebih lagi tohmahan ini pernah digunakan oleh Barisan Nasional terhadap 30 aktivis PSM pada Bersih2.0 di mana 6 telah ditahan dibawah Emergency Ordinance pada 2011. Saya hanya ada satu soalan sahaja. Bila masa Dr Nasir pernah mengambil senjata? Dalam buku teks Sejarah, Komunis dilabelkan sebagai pengganas. Itu yang saya nak tahu, sejak bila Dr Nasir menjadi pengganas? Setahu saya, beliau hanya turun ke jalanraya untuk demonstrasi. kalau tidak beliau akan berada di barisan hadapan menahan jentolak merobohkan rumah orang miskin iaitu peneroka bandar. Jika Dr Nasir seorang komunis atau pengganas, saya pasti ramai pemandu jentolak telah dibunuhnya. Tetapi semua ini tidak berlaku. 

         Dari asas apa Tuan Haji mengatakan Dr Nasir seorang komunis? Kerana ada gambar Karl Marx, Lenin, Stalin? Kalau saya simpan gambar Tok Guru Nik Aziz adalah ini bermakna saya penyokong PAS atau saya seorang Islam? Tuan Haji perlu faham, sosialisme adalah satu sistem ekonomi yang mengatakan pengagihan harta secara sama rata. Di mana orang kaya tidak merampas hak orang miskin dan menjadikan mereka papa kedana. Sistem ekonomi tidak bercanggah dengan agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya. 

        Saya boleh buktikan tuduhan yang dilemparkan ke atas Dr Nasir adalah tidak berasas. Tetapi bolehkah pihak yang membenci Dr Nasir buktikan juga dakwaan mereka? Tetapi apa yang telah dilemparkan tidak boleh dipadam. Bagi saya senjata yang paling tajam adalah lidah kita sendiri. Jangan kita lupa. PRU ini untuk kuburkan BN dan bukan mengkuburkan kawan kita. Kita perlu teruskan dengan #ABU dan menawan Putrajaya untuk kesejahteraan rakyat. Saya yakin kita boleh lakukan jika kita BERSATU untuk RAKYAT MALAYSIA.
The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Aduiii...kang kata MANGKUK HAYUN marah!!

Sah Puak-Puak UG Bantu BN Untuk Menang!

Oleh: Mountdweller
 
Setelah dipersetujui bersama konsep Negara Berkebajikan, kenapa perkara Hudud digembar-gemburkan pada masa yang kritikal dan sensitif ini?

Setiap yang beriman wajib menerima Hudud tetapi kenapa perkara ini tidak direservekan dulu dan berbincang kemudian secara tertutup menggunakan platform Majlis Presiden setelah PR menang dan dijulang oleh Rakyat Malaysia yang inginkan perubahan sebagaimana saya katakan sebelum ini?

Kalau aku kata Mangkok Hayun tak berhikmahkan ramai pula juak-juak yang wala' buta marah!

Aku sendiri pun dah berbelah bagi sekarang
Belum lagi menang dan memerintah masing-masing dah nak tunjuk belang
Bila memerintah, silap-silap negara lintang pukang!

Aku heran kenapa geng-geng tua di dalam PAS ni suka buatkan penyokong libral dan mahukan yang terbaik dan nak sangat tengok perubahan di dalam pemerintahan serta tadbir urus kerajaan yang lebih menjadi gelisah?

Janganlah bila berada di momentum yang baik ini direncatkan dengan perbagai kerenah dan senongeh pulak! 
Hudud Dilaksana Jika Pakatan Perintah Negara
ARAU – Hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Persekutuan walaupun DAP menentang keputusan tersebut, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

“Saya yakin DAP akan menerima hukum hudud kerana kesanggupan mereka untuk bertanding dengan menggunakan lambang PAS. Namun ia hanya akan dilaksanakan selepas Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah negara.

“Pakatan harus mengambil alih kerajaan Persekutuan. Selepas itu barulah kami boleh meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan hukum hudud,” katanya selepas melawat ibu tunggal di Guar Sanji, Selasa.

Walaupun DAP membantah pelaksanaan hukum hudud beberapa tahun lalu, Dr Haron berkata kini ia tidak lagi menjadi isu.

Dr Haron, yang merupakan calon PAS Parlimen Arau berkata, parti Pakatan haruslah ‘memberi dan menerima’ dalam usaha untuk bekerjasama.

Sebagai contoh, katanya, DAP harus bersetuju dengan keputusan PAS untuk tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam.

Sementara itu, dalam satu majlis berasingan di Alor Setar, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata semua wanita Islam harus memakai tudung, bukan saja di kalangan pelajar tetapi penyampai berita.

Memuji pendekatan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib untuk mempromosikan cara hidup Islam, beliau menegaskan kempen tersebut adalah untuk menggalakkan wanita Islam memakai tudung dan tidak disasarkan kepada kumpulan spesifik.

“Ia perlu disasarkan kepada semua wanita Islam,” katanya pada Selasa.

Bagaimanapun, beliau berkata wanita Islam tidak boleh dipaksa untuk memakai tudung.

Harun berkata demikian bagi mengulas kenyataan Muhammad pada Isnin selepas menyertai PAS yang menegaskan terdapat pembaca berita di kalangan wanita Islam dan kanak-kanak sekolah tidak memakai tudung. -
sumber
The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Monday, December 03, 2012

Forum: Sendiri buat AKTA sendiri langgar AKTA.



Taknak cakap banyak..esok ada forum pasai penyu. Buleh pi baca kat bawah ni..aku amik sikit quote pasai kenapa perlu forum penyu ni.

Pasir Panjang, yang terletak kira-kira 2 km dari Segari dan 5 km dari Pantai Remis, mempunyai pantai sepanjang 6 kilometer, dan merupakan  pantai terpanjang di daerah Seri Manjung. Dengan pasir pantai yang halus dan dikelilingi oleh pokok bakau, kesunyian persekitaran menjadikan ianya tempat yang paling sesuai untuk penyu bertelur.

Penyu laut, dimana 90% daripadanya tergolong dalam spesis Agar dan Lipas, akan mendarat untuk bertelur dari bulan March hingga Julai setiap tahun. Untuk memberi perlindungan kepada penyu-penyu ini, kerajaan negeri telah membina satu pusat penjagaan penyu pada tahun 1990 seluas 0.1 ekar. Dua tahun kemudian, pusat penjagaan penyu tersebut telah memohon untuk membesarkan kawasan tersebut kepada 10 ekar tetapi kerajaan negeri hanya meluluskan 5.5 ekar pada tahun 1994.

Rekod menunjukkan bahawa jumlah penyu yang bertelur telah menurun sejak beberapa tahun lalu, dimana hanya 38 ekor mendarat pada tahun ini berbanding 200 ekor pada tahun 1994. Lebih menyedihkan, hanya satu jenis penyu yang masih lagi datang bertelur berbanding tiga jenis sebelum ini.


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.net/2012/12/02/hentikan-tangisan-penyu-segari-1/

Dengan kehadiran dua projek mega yang dirancangkan di Tanjung Hantu, para aktivis alam sekitar meramalkan bahawa penyu-penyu laut ini akhirnya tidak akan mendarat lagi.

Pusat Penetasan Penyu Segari dibangunkan pada tahun 1994 dan merupakan satu daripada dua tempat yang membenarkan pelancung melawat dengan percuma. Sebuah lagi di Terengganu.

Seorang pekerja disitu, En. Ramli, memberitahu Guang Ming Daily bahawa penyu-penyu laut akan hanya mendarat ditempat sunyi yang tidak dihuni oleh manusia. Kilang-kilnag yang dibina dikawasan pantai bukan saja akan menyebabkan bunyi bising malah akan menyebabkan pencemaran alam.


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.net/2012/12/03/hentikan-tangisan-penyu-segari-2/

The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Saturday, December 01, 2012

Better late than never!!

“I for one would rather have a PR that is chaotic than live under a BN rule where bodyguards kill without motive, or where witnesses are forced to leave the country to save themselves. No democratic government anywhere in the world could have survived the kind of scandals we have witnessed under Najib’s rule. There is no greater ill than the obstruction of justice, especially when it is perpetrated by those in the higher echelons of power.”  
- Zaid Ibrahim -

The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Friday, November 30, 2012

Buat yang lantang berbicara tentang keinginan kepada kuasa.

Amik.. sapa2 yang dalam PR mau BN kot2 nak pegang tampuk pimpinan dan kuasa hayati dan hadam dulu perjuangan yang ditulis oleh Dr.Asri. Kalau yang ni pun hangpa semua tak pandai nak tackle macam mana nak jaga rakyat?? renung2 kan ....

  • Dr Mohd Asri Zainul Abidin
  • 9:11AM Nov 30 2012
KOLUM Sekarang ini demam Pilihanraya ke-13. Ia dijangka pilihanraya yang benar-benar akan mendemamkan sama ada BN ataupun Pakatan Rakyat. Maka sekarang parti-parti politik dalam negara kita sedang sibuk dan menyibukkan diri untuk menghadapi demam tersebut. Ucapan dan slogan politik kedengaran di sana-sini. Kuasa, kuasa, dan kuasa. Itulah mimpi sebahagian manusia politik. Saya tidak ingin mengulas pada minggu ini. Saya hanya ingin memetik pelbagai ucapan beberapa tokoh umat Islam berkaitan dengan perjuangan dan kepimpinan. Harapnya ia boleh menjadi bekalan dan renungan untuk semua pihak yang terbabit. Ia boleh menjadi koleksi dan koreksi untuk mereka yang merasa diri berada di medan perjuangan dan siasah.
The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Friday, November 23, 2012

PAS kena belasah dengan Dr.Asri

Padan muka PAS kena belasah dengan Dr. Asri. Sori la wei kalu hangpa semua tak paham apa yg Dr. Asri tulis. Nampak sangat sikap 'tidak matang' kalau melenting bila kena tegur..aku tau ramai yang tak suka Dr.Asri tapi hakikatnya berapa lama lagi PAS nak diam dari terus membuat perubahan?

Kita semua nak berubah tapi berubah ke arah kebaikan ..yang tu pun ada setengah dalam PAS masih tak mau paham atau saja buat-buat tak paham. Mampuih pi la ..cuba baca apa yang Dr.Asri tulis...

Relevankah PAS dalam realiti baru? 
Saya pernah mengkritik Umno dalam tulisan saya sempena Perhimpunan Agung Umno yang lepas dan sebelum. Ketika itu saya tetamu parti tersebut di perhimpunan mereka. Orang Umno tidak menzahirkan kemarahan atas kritikan itu. Perasaan mereka, saya tidak tahu. Muktamar PAS baru sahaja berlalu. Kali ini saya ingin sedikit melontarkan persoalan untuk berkongsi dengan PAS.
Maaf, bagi saya PAS merupakan parti politik yang agar sukar menerima teguran. Sekalipun tidak dinafikan ada juga pimpinan PAS yang bersikap terbuka. Pemuda PAS merupakan sayap yang sepatutnya menggambarkan cita rasa generasi yang berfikiran terbuka, menzahirkan reaksi yang agak keras setiap kali menerima kritikan. Pembaca boleh membaca reaksi timbalan ketuanya dalam memberi pandangan balas terhadap saya ketika saya melontar pandangan agar jangan tiru pendekatan Taliban dan jangan wujudkan negara mullah.

Dalam wacana di Sinar Harian baru-baru ini mengenai ulama dan pemerintah, banyak kritikan saya tertumpu kepada Umno, tetapi pihak Pemuda PAS yang begitu melenting hanya kerana pandangan sepintas lalu agar PAS jangan nanti membentuk negara mullah. Umno tidak sangat melatah. Saya mula risau tentang masa depan hak bersuara rakyat terhadap kerajaan jika PAS direzekikan Allah menguasai Putrajaya. Apakah pendekatan Umno sebelum pilihan raya umum ke-12 akan dihidupkan semula? Atau lebih parah, atas nama Tuhan rakyat dilarang berbicara? Harapnya tidak begitu.
Perlu berubah
Gerakan Islam di seluruh dunia terpaksa akur bahawa mereka perlu berubah jika ingin memastikan mereka terus relevan. Bukan sahaja gerakan Islam, bahkan apa sahaja gerakan dalam dunia ini terpaksa akur bahawa cuaca baru yang sedang dihayati oleh umat manusia memerlukan satu kerangka baru dalam pemikiran dan perlaksanaan.

Politik adalah satu bidang yang membabitkan persoalan menguruskan manusia. Manusia itu terdedah kepada pengaruh tempat dan masa. Budaya dan cara berubah disebabkan persekitaran yang berbeza. Sudah tentu, iklim politik pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin tidak sama dengan zaman selepasnya. Sudah pasti budaya dan cara politik pada zaman Umawiyyah dan Abbasiyyah tidak sama dengan yang selepas itu.

Demikian politik dalam era negara bangsa tidak sama dengan era empayar sebelum itu. Globalisasi dan era ledakan maklumat telah mencetuskan pelbagai fenomena baru dalam kehidupan manusia. Sesiapa yang cuba melaksanakan secara literal ataupun mengadaptasikan sepenuhnya teks politik zaman lampau ke zaman kini, maka dia seorang yang naif dan dangkal dalam memahami tabiat politik, sekaligus rasional dan tabiat Islam itu sendiri.

Baca lagi kat sini ------ > PAS KENA BELASAH DENGAN DR.ASRI


The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

'Kebijaksanaan' Anwar Ibrahim terserlah (3)

CHEGU BARD ‘LARI’ TINGGALKAN REMBAU? SIAPA LARI TINGGALKAN PENANTI?

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA aku menulis tentang Parlimen Nibong Tebal yang mana semua tahu siapa yang ‘memulihkan semangat’ penyokong-penyokong PR terutamanya KEADILAN di kawasan tersebut sejurus MP nya menjadi katak, ada komen dari sahabat yang mengatakan aku penyokong setia Chegu Bard. 

Sebabnya, aku menulis tentang mengapa Dr Mansor diumumkan di Parlimen tersebut bukannya Chegu Bard.
Walaupun aku sudah nyatakan, aku memang menyokong perjuangan Chegu Bard tetapi aku bukannya musuh kepada yang lain.  Aku pernah bersama aktiviti SAMM walaupun aku bukan ahli berdaftar SAMM, aku juga turut meraikan program MAP satu lagi NGO di bawah Sdr Mustafa Kamil Ayub sewaktu penubuhan MAP di Pahang, begitu juga aku turut bersama Jingga 13, malahan satu pentas berceramah dengan Pengerusinya, Sdr Fariz Musa. 

Apatah lagi, aku menyokong kuat AMK yang merupakan sayap kepada KEADILAN. Apa jua kumpulan yang mensasarkan Umno/Bn sebagai musuh, aku pasti ingin bersamanya.
 
Ini bukan ahli Umno yang menyindir Chegu Bard…Ini kerja siapa?

The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Monday, November 19, 2012

'Kebijaksanaan' Anwar Ibrahim terserlah (2)

Sori la DSAI. Hari ni terpaksa aku cakap apa yang patut dan teguran ini bukan nak menjatuhkan cuma perlu diingat jangan lagi berlaku kesilapan yang dulu. Berapa kali lagi nak minta maaf?? Lagi sambungan yang patut anda baca dan faham!! Tolong la..jangan tunjuk KEBODOHAN ds...dengar cerita ada perjanjian antara DS dgn DR Mansor? betul ke? Hutang apa yang kena bayar sampai perlu mencantas orang yg layak??

NIBONG TEBAL - DR MANSOR BOLEH MENANG TAPI BUKAN KERANA KETOKOHANNYA

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEMALAM aku tulis isu calon PKR di Parlimen Nibong Tebal.  Dengar-dengar khabar DS Anwar dan umumkan nama Dr Mansor walaupun sebilangan besar masyarakat di situ yang masih yakin dengan PR mahukan orang lain yang telah bekerja keras di kawasan itu selama ini.  Orang itu pastinya bukan Dr Mansor.

Tanyalah orang-orang di Nibong Tebal sendiri, sewaktu bekas Wakil Rakyat PKR Parlimen Nibong Tebal bertukar menjadi katak, siapa yang awal-awal lagi menyuntik semangat para penyokong PR di kawasan itu?  Pasti mereka akan jawab bukan Dr Mansor.  Habis siapa?  Bila aku sebut nama Chegu Bard, pasti ada yang kata aku memang penyokong Chegu Bard maka aku kena naikkan nama Chegu Bard.  Habis tu, aku bukan penyokong DS Anwar kah?  Bukankah dengan restu DS Anwar maka nama Dr Mansor naik?

The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

'Kebijaksanaan' Anwar Ibrahim terserlah (1)

Sori la DSAI. Hari ni terpaksa aku cakap apa yang patut dan teguran ini bukan nak menjatuhkan cuma perlu diingat jangan lagi berlaku kesilapan yang dulu. Berapa kali lagi nak minta maaf??

Siapa dia Dr Mansor? Pejuang ker dia? Pejuang celah mana?

Duduk baris depan sewaktu demo?
Lantang bersuara dalam menegakkan keadilan?
Sering berceramah berkempen untuk sedarkan rakyat?
Sering membawa isi isu sensasi?
Sering keluar media seperti Harakah? keadilan?
Sentiasa Sebuk dengan parti?
Berjuang habis habisan?
Pernah di gari polis?
Pernah di pukul polis?
Jika senarai di atas itu merupakan ciri ciri yang ada pada diri Dr Mansor,maka kami rakyat yang ingginkan kemenangan Pakatan Rakyat dan seterusnya memerintah Malaysia menyokong 100% jika nama Dr Mansor di calonkan.
The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Sunday, November 18, 2012

Tuan Ibrahim Tuan Man bantai semua, yg ditegur dan yg menegur dalam Muktamar PAS.

Cakap banyak takmau. ce baca apa yg tuan ibrahim tuan man tulis..hayati maksud tulisan beliau...dalam makna tu. Jangan la kita semua dok pikir jauh sampai kelemahan diri pun tak nampak..haa naya oo..!!





The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Thursday, October 25, 2012

Panans: 3 bekas Finance Minister risau duit negara makin kurang!!

Cukai Rokok dan AES Cara Pantas Jana Hasil- A.Kadir Jasin

 

 


SAYA merokok ikut-ikutan selama dua tahun apabila mula bekerja pada tahun 1969. Selepas itu berhenti terus. Saya nasihati orang yang rapat dengan saya jangan merokok, berhenti merokok atau kalau tak tahan sangat, cuba kurangkan merokok.
Saya benci sikap penghisap rokok yang tidak bertanggungjawab dan tidak sopan. Mereka tidak peduli orang yang tidak merokok. Mereka buang puntung rokok yang masih menyala sesuka hati. Pengotor.

Jadi, saya sepatutnya mengalu-alukan kenaikan tiba-tiba harga rokok dan tembakau mulai 22 Oktober yang diumumkan oleh syarikat pengeluar rokok dengan persetujuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia), pengeluar terbesar, menaikkan harga semua produk sebanyak 20 sen. Ia berkata, pihaknya telah dimaklumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 18 Oktober mengenai kebenaran menaikkan harga kilang rokoknya antara 26 peratus hingga 58 peratus bermula Jumaat 19 Oktober.

Saya terus mengalu-alukan usaha mengurangkan tabiat yang merosakkan kesihatan itu, tetapi langkah menaikkan cukai melalui kenaikan harga itu “menceritakan” sikap kerajaan, khasnya Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Abdul Razak selain kemungkinan bahawa Perbendaharaan memerlukan pendapat segera.

Lazimnya, pengumuman kenaikan cukai rokok dan arak dibuat ketika pembentangan belanjawan negara. Tetapi, Mohd Najib tidak melakukannya ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada 28 September lalu.

Jadi, kenapa agaknya beliau berbuat begitu?

The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Wednesday, October 24, 2012

Orang Asli yang duduk dalam hutan pun tau apa yang Ngeh nak buat. Takkan Kit Siang dan Guan Eng taktau?


×
Kira-kira 75% daripada kawasan DUN Chenderiang dilitupi hutan. Hutan Simpan Bukit Tapah masih lagi kawasan hutan dara yang masih belum diteroka. Selain daripada Parlimen Tapah, satu lagi kawasan Parlimen yang masih penuh dengan hutan ialah Gerik.

Bila sebut hutan, ia tak boleh dipisahkan dengan Orang Asal. Hutan adalah dunia mereka dan kalau hutan di selongkar dan dimusnahkan, bermakna kita membunuh Orang Asal secara perlahan.

Terdapat 4,310 orang (20%) pengundi Orang Asal di DUN Chenderiang.Itu cuma separuh dari jumlah penduduk. Kalau dicampur semuanya, terapat kira-kira 10,000 penduduk Orang asal di Chenderiang sahaja. Anggap lah satu keluarga itu terdiri dari 6 orang. (Suami isteri dan 4 orang anak)….bermakna ada 1600 keluarga.

Dalam banyak kali perjumpaan dengan wakil-wakil dan aktivis Orang Asal, Ngeh selalu bercakap tentang bagaimana hendak meningkatkan taraf ekonomi Orang Asal. Ngeh selalu berjanji..kalau Pakatan Rakyat memerintah Perak, dia akan memastikan pendapatan minima seisi keluarga bagi Orang asal akan ditingkatkan kepada RM3,000 sebulan.

Ini sudah jauh lebih baik dari Khalid Ibrahim di Selangor yang hanya mensasarkan pendapatan minima isi keluarga sekadar RM1,500 sebulan.

Idea ini bagus dan tidak ada sebab untuk menentang Ngeh. Orang Asal pun setuju dan menyokong idea Ngeh ini. Malah Tony pun ikut terpengaruh dengan idea Ngeh ini dan sebab itu dia masuk DAP.  Siapa saja yang sedia membantu Orang Asal, Tony akan sokong.


Bacaan lanjut --- ->Sumber Berita Dari: http://mediaperak.net/2012/10/24/ngeh-koo-ham-taiko-dap-perak-3/

The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Monday, October 22, 2012

Lagi pasai AES yang buatkan kita semua buta!!

AES hanya untuk alehkan isu besar yang berlaku!sebenarnya isu ...

kajian gua terhadap bencana BN menghadap PRU ni adalah isu kes bunuh Al Tantuya.. mereka UMPAN kita dengan AES untuk tutup isu yang mengoyahkan BN.. ini dinamakan.. keadah mengalih perhatian.

Dengan isu AES.. memang pengunaan AES ni mengoyakkan poket rakyat!! tapi jangan lupa, isu yg harus rakyat FOCUS bukanlah isu AES!!! tetapi isu skandal2 pemimpin umno yang amat banyak!! bukti dalam buku tebal AUDIT NEGARA tu dah tunjukan !! malangnya terdapat banyak muka surat di EDIT bagi menutup ratus bilion skandal2 yg harus rakyat tahu kemanakah wang rakyat yg banyak telah di hilangkan!

Namun begitu.. isu siapakah yg mambunuh Al Tantuya bukanlah isu yg rakyat nak tahu sebab 2 polis dah pun mengaku mereka yang membunuhnya walaupun kedua dua polis tu tak kenal pun sapa Al Tantuya dan mengapa dia harus dibunuh! 
The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Ketahanan kamera AES begitu hebat. Saksikan!!

Mesin Pencetak Duit Kroni UmnoBn AES Tumbang


Rempuh AES kerana Silau!

Sebuah kamera AES tumbang kerana di langgar oleh sebuah kenderaan yang pemandunya terperanjat setelah lampu sportligt yang sangat menyilaukan mata dari AES ini berkelip di hadapannya dan mengenai tepat pada mata dan penglihatannya.
Akibat dari kejadian itu sepasukan anggota bomba terpaksa di kerah dan bergegas ke tempat kejadian yang mana kamera AES itu telah gagal berfungsi dengan sempurna dan hampir 30 minit tidak henti henti berkelip setelah pelanggaran itu, dikatakan urat sarat AES ini telah tersumbat dan putus.

Ini menyebabkan gangguan pada pengguna jalanraya yang lain yang mana ianya menyilaukan mata dan membuatkan trafik tidak bergerak sejauh 10 kilometer akibat orang ramai takut terkena bahan radioaktif yang di hasilkan dari kilauan cahaya dari kamera AES itu.

The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Sunday, October 21, 2012

Panas: Buku yang bakal di HARAM kan!! Sapa mau??



Nak habaq mai..buku ni bakal mungkin bakal diharamkan tak lama lagi. Tengah panas skarang ni. So sapa nak??? Tebal buku lebih daripada 500 muka surat.



Harga bagi senaskah buku ialah RM60 termasuk kos penghantaran melalui pos dalam Semenanjung,Sabah dan Sarawak.   

Sila email butiran peribadi anda saperti dibawah kepada mzaiham79@gmail.com :

1 . NAMA PENUH

2 . NO TALIPUN

3 . ALAMAT PENUH

4 . JUMLAH BUKU YANG INGIN DIPESAN

5 . BUKTI PEMBAYARAN MELALUI AKAUN BANK  
Public Bank A/C No: 494 482 8321 (Mohd Zaiham Ismail).


Cepat sebelum kehabisan stok atau di HARAM kan!!


The best APAM in the world..http://worldofapam.blogspot.com

Kalau dalam BN ada sabotaj, dalam PR pun ada!!

NAJIB TAKUT BUBARKAN PARLIMEN BUKAN KERANA TAKUT PAKATAN RAKYAT




BN takut Pakatan Rakyat?

Oh tidak!

BN ada sistem teknologi maklumat canggih yang berupaya memantau semua orang. Apa nak takut dengan Pakatan Rakyat? Sistem canggih tu kerajaan punya sebenornya atas nama Majlis Keselamatan Negara. Tapi sebab Majlis Keselamatan Negara tu bosnya Piem, takde masalah Piem nak guna dia untuk pantau PR.
Maksudnya, BN dapat bertindak dengan pantas kot ada apa-apa yang tidak menyenangkan demer, betul tak?
Kalau betui, apesal takut bubar parlimen?
The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Sapa dia Anak MB dari PR buat dajai bapak dia??

 

Oleh : 

Fitnah sentiasa berjaga sementara ahli politik pula kerap tertidur. Ungkapan ini bermaksud, ahli politik sentiasa terdedah kepada apa sahaja yang boleh menjejaskan reputasi mereka pada mata rakyat kerana kealpaan mereka sendiri. Kadang-kadang, ahli politik berkenaan seorang yang ‘baik’, namun yang membuat onar adalah anak atau isterinya.

Pengalaman sendiri; saya terpaksa mengambil masa menjelaskan kepada umum pada suatu masa dahulu (antara tahun 1999 - 2004) hanya kerana saya membeli kereta Proton Saga Automatik, pada hal kereta jenis itu bukan termasuk kereta mewah. Bahkan kereta yang saya beli itu sudah berusia enam tahun. Itu pun selepas kawan-kawan menyarankan saya memiliki kereta yang lebih baik memandangkan kereta saya yang sedia ada kurang sesuai.

The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Monday, September 17, 2012

JANJI : MEMANGNYA LIDAH TAK BERTULANG!!




JANJI itu hutang sabda Nabi Muhammad dan bagi saya janji itu merupakan suatu penyakit yang berat sekali kita hadapi kala ianya seolah menjadi budaya orang kita sejak akhir2 ini.

Bila bercakap soal janji ini, saya telah menelaah beberapa buah buku soal janji dan ramai memberikan pendapat yang cukup menarik dan mereka itu rata2 memang yang hebat namanya.

LAO TSE mengatakan bahawa sesiapa saja yang sesuka hati memberikan janji2nya, maka biasa jarang ia penuhi janji2nya itu dan makanya pula SHAESPEARE menyatakan untuk kita tidak usah percaya mereka yang selalu berjanji tetapi tidak menepatinya janji.

Benarlah juga katanya teman2 saya di sekeliling saya bahawa mungkir janji akan mencipta permusuhan tanpa sebab dan GLASTONE menyatakan perhiasan diri kita yang terbaik ialah kesetiaan pada janji.

Untuk tahu berjayanya seseorang itu maka kita lihat berbedaan yang ia tunai janji dan yang tidak tunai janji dan di situ akan jelas kemajuan seseorang sebab yang tidak tunai janji selalu tidak dipercaya dan itu menjauhkan dirinya dari rezeki yang siap mahu mendekat.

GEORGE WASHINGTON pernah berpesan kepada rakyat Amerika agar selalu menunaikan janji dan jangan sekali ingkar janji dan kerana itu juga OS MARDEN menerangkan yang mungkir janji itu sebenarnya ialah PEMBOHONG.


Saturday, September 15, 2012

Oooo..Rupanya bodyguard Anwar ni pernah ...

Kenali 'JIM' bodyguard DSAI


Harizal Zahid atau dikenali dengan panggilan JIM yang dituduh mengacu pistol kepada demonstran di Melaka tempoh hari adalah seorang yang sangat terlatih dan proffesional.

Menurut sebuah akhbar JIM pernah menjadi pengawal peribadi kepada selebriti dunia yang mengunjungi Malaysia antaranya ialah Celine Dion, Mariah Carey dan Shah Rukh Khan.
Selain itu beliau juga pernah menjadi pengawal kepada pasukan Arsenal semasa kunjungan pasukan itu ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan.

Berdasarkan akhbar itu juga, JIM dikatakan menganggap pengalaman menjadi pengawal peribadi artis adalah antara kenangan paling manis dalam hidupnya. Dia juga mengakui bahawa menjadi pengawal peribadi Anwar Ibrahim adalah satu tugas yang cukup mencabar kerana ke mana sahaja DS pergi pasti ada individu atau kumpulan yang cuba menghalangnya dengan pelbagai provokasi dan ancaman.


Kalau begitu banyak pengalamannya menjaga keselamatan orang-orang ternama termasuk dari luar negara, gua pasti JIM bukanlah bodyguard cap ayam. Senang cerita bukan sebarang 'jantan'. Dengan reputasi seperti itu JIM pastinya telah terkenal dengan kecekapan dan kebolehan mengawal manjikannya daripada sebarang bentuk ancaman.

Gua bangga dengan kejayaan anak melayu ini. Semoga JIM terus berjaya sebagai Pengawal Peribadi Professional.

Wasukalu

The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Tuesday, September 11, 2012

Panas (18SG): Harun Din kena belasah???

 
 
Tuan Guru Datuk Dr Haron Din tiba-tiba muncul dari ‘pertapaannya' baru-baru ini dan mengulas di sebuah akhbar dengan lantang akan kenyataan Tun Dr Mahathir mengenai isu peribahasa Inggeris berbunyi "lebih baik memilih ‘syaitan' yang dikenali dari memilih ‘malaikat' yang tidak dikenali".

Sekian lama kita mencari ke mana menghilangnya tokoh ulama PAS yang suatu ketika amat tersohor ini di kalangan umat Islam. Malah saya juga ketika itu sangat menghormati ketokohan ‘Tuan
Guru' ini.

Datuk Dr Haron Din mengulas kenyataan itu dengan meminta Tun Mahathir ‘bertaubat' kerana dianggap menyeleweng dari akidah.

Beliau juga mengulas bahawa tiada ayat Al Quran yang ‘menyokong' kenyataan Tun Mahathir tanpa memahami atau bertanya sendiri dengan Tun Mahathir tentang ucapan tersebut.

Perkara ini juga turut pernah terjadi kepada YAB Perdana Menteri tidak beberapa lama dahulu apabila seorang mufti mengambil kesempatan ‘membelasah' Perdana Menteri melalui media kerana isu kehadiran beliau ke satu perayaan keagamaan kaum India.

Perkara seperti ini seolah-olah dinanti-nanti oleh golongan ulama untuk mencari-cari salah umarak dan kelihatannya seperti mahu mempopularkan diri dan membetulkan keadaan secara terbuka. Justeru saya pun ingin bertanya bagi membetulkan pandangan Datuk Dr Haron Din secara terbuka.

Malah dalam isu kenyataan Tun Mahathir, ianya umpama ‘bola tanggung' yang dinanti-nanti oleh Datuk Haron Din untuk muncul dari ‘pertapaannya' selama ini.

Amat menghairankan kerana Haron Din membisu apabila mursidul am PAS pada suatu ketika secara terang-terangan menyatakan sanggup bersahabat dengan ‘syaitan' asalkan ‘syaitan' sanggup membantu kemenangan PAS.

Kenyataan Nik Aziz itu mungkin merujuk kepada DAP, tetapi Haron Din dan penganut PAS bijak
pula mentafsir kenyataan tersebut dalam konteks yang lebih terbuka.
The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com