Monday, November 19, 2012

'Kebijaksanaan' Anwar Ibrahim terserlah (2)

Sori la DSAI. Hari ni terpaksa aku cakap apa yang patut dan teguran ini bukan nak menjatuhkan cuma perlu diingat jangan lagi berlaku kesilapan yang dulu. Berapa kali lagi nak minta maaf?? Lagi sambungan yang patut anda baca dan faham!! Tolong la..jangan tunjuk KEBODOHAN ds...dengar cerita ada perjanjian antara DS dgn DR Mansor? betul ke? Hutang apa yang kena bayar sampai perlu mencantas orang yg layak??

NIBONG TEBAL - DR MANSOR BOLEH MENANG TAPI BUKAN KERANA KETOKOHANNYA

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEMALAM aku tulis isu calon PKR di Parlimen Nibong Tebal.  Dengar-dengar khabar DS Anwar dan umumkan nama Dr Mansor walaupun sebilangan besar masyarakat di situ yang masih yakin dengan PR mahukan orang lain yang telah bekerja keras di kawasan itu selama ini.  Orang itu pastinya bukan Dr Mansor.

Tanyalah orang-orang di Nibong Tebal sendiri, sewaktu bekas Wakil Rakyat PKR Parlimen Nibong Tebal bertukar menjadi katak, siapa yang awal-awal lagi menyuntik semangat para penyokong PR di kawasan itu?  Pasti mereka akan jawab bukan Dr Mansor.  Habis siapa?  Bila aku sebut nama Chegu Bard, pasti ada yang kata aku memang penyokong Chegu Bard maka aku kena naikkan nama Chegu Bard.  Habis tu, aku bukan penyokong DS Anwar kah?  Bukankah dengan restu DS Anwar maka nama Dr Mansor naik?

The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Silap besar jika mereka kata aku sebut nama Chegu Bard kerana aku penyokong kuat Penyelaras SAMM itu.  Buktinya, cuba tanya Chegu Bard sendiri bahawa aku pernah menulis mengkrtik Chegu Bard sewaktu selesai Pemilihan di dalam PKR dulu yang mana Chegu Bard 'tewas' di dalam merebut jawatan Ketua AMK.  Sewaktu pemilihan tu, aku secara terbuka berkempen untuk Chegu Bard tetapi apabila beliau 'tewas' (benarkah tewas?), aku di antara yang mahu Chegu Bard 'bersabar' menerima kekalahan yang hakikatnya kemenangan bagi beliau.  Aku dihentam kerana tulisan aku, tapi aku tak kisah sebab aku tahu perasaan mereka yang tidak boleh terima keputusan yang sememangnya janggal sekali.

Ertinya aku mahu sebut bahawa aku juga pernah kritik Chegu Bard.  Adakah aku anti DS Anwar?  Lagi tidak lojik kerana baru-baru ini aku baru saja serah memorandum KOBAT Kor Bekas Angkatan Tentera kepada DS Anwar.  Kalau aku tak suka DS Anwar, buang masa saja aku mahu hulur memorandum kat dia.  

Isu di Nibong Tebal ini bukan isu sokong DS Anwar mahu pun menyebelah Chegu Bard.  Isunya layakkah Dr Mansor mendirikan rumah di kawasan yang dulunya semak samun, tetapi bila sudah ditebas rumput lalang maka beliau sewenang-wenangnya 'disuruh' duduk di situ?  Jika gila sangat mahu duduk di situ pun, berilah salam atau bincang-bincanglah sikit dengan orang yang telah banyak bazirkan masa menebas rumput lalang kat situ.  Ini masalahnya.

Alasan bahawa selaku Timbalan KM P.Pinang maka beliau layak berdepan dengan Ketua Umno/Bn di kawasan itu adalah merupakan alasan 'lawak bodoh'.  Cuba kita cakap pada DS Anwar, beliau selaku Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR maka beliau elok bertanding dengan Najib di Pekan, agaknya apa komen DS Anwar?  Carilah alasan terbaik sikit.  Tiada alasan terbaik yang lain kecuali kena terima hakikat siapakah yang diinginkan oleh rakyat di Nibong Tebal dan calon itu mestilah orang yang setia dengan parti dan bekerja kuat untuk parti.  Alasan pegang jawatan itu dan ini bukanlah alasan bijak malahan melucukan.

Kalau aku berada di tempat Dr Mansor, walaupun didesak oleh ketua untuk bertanding di kawasan yang aku tahu aku tidak buat apa-apa di situ selama ini, aku akan tarik diri kerana malu kepada diri sendiri.  Kalaupun dia menang nanti, semua tahu kemenangan dia bukan kerana dia disukai ramai orang tetapi kerana bencinya rakyat kepada Umno/Bn.  Tapi adakah parti beruntung memiliki Wakil Rakyat yang menang tapi bukan di atas ketrampilan atau ketokohannya?  

Di dalam kita semakin hampir mahu ke Putrajaya, DS Anwar tidak boleh lagi lakukan kesilapan.  DS Anwar kena lihat pandangan akar umbi bukan hanya boleh berharap dengan kebencian rakyat kepada Umno/Bn semata-mata.  Jika kita menang tetapi kita memiliki Wakil Rakyat yang pengundinya pun tidak redha kepadanya buat apa?