NAJIB TAKUT BUBARKAN PARLIMEN BUKAN KERANA TAKUT PAKATAN RAKYAT
BN takut Pakatan Rakyat?
Oh tidak!
BN ada sistem teknologi maklumat canggih yang berupaya memantau semua
orang. Apa nak takut dengan Pakatan Rakyat? Sistem canggih tu kerajaan
punya sebenornya atas nama Majlis Keselamatan Negara. Tapi sebab Majlis
Keselamatan Negara tu bosnya Piem, takde masalah Piem nak guna dia untuk
pantau PR.
Maksudnya, BN dapat bertindak dengan pantas kot ada apa-apa yang tidak menyenangkan demer, betul tak?
Kalau betui, apesal takut bubar parlimen?
Musuh BN ada di dalam. Musuh demer ada 2 jenis:
Jenis 1: Musuh BN pakai baju BN. Datang mesyuarat bersama BN. Makan dengan orang BN. Main dengan orang BN. Tapi jiwa tidak ada dengan BN.Orang ini BN tak kenal siapa dia. Tanya bomoh pun tak dapat klu!
Jenis 2: Musuh BN pakai baju BN. Datang mesyuarat bersama BN. Makan dengan orang BN. Main dengan orang BN. Tapi tidak dapat projek, pangkat atau jadi calon.
Orang ini BN kenal siapa dia. Tapi network orang ini BN tak tahu!
Nak buat macam mana? Demer hanya mampu keluar panduan definisi sabotaj dan bentuk jawatankuasa memantau sabotaj.
Hahaha...Orang Najib baca buku panduan. Orang Mahyuddin pun baca buku
panduan.
Kedua kumpulan boleh kaji isi kandungan buku panduan dan cuba mengelak dari di kesan oleh AJK mengesan sabotaj.
Kedua kumpulan boleh kaji isi kandungan buku panduan dan cuba mengelak dari di kesan oleh AJK mengesan sabotaj.
Inilah sebabnya Najib tak berani bubar parlimen.
Komer jangan suka sangat!
Kalau dalam BN ada sabotaj, dalam PR pun ada.