Fakta Cukai Tembakau
Masa Haji Najib sembah bajet hari tu, tak ada pun sebut cukai tembakau dinaikkan. Perokok tegar pun rasa lega kerana harga rokok tak naik. Tiba-tiba lepas hampir sebulan, harga rokok naik sebanyak 20 sen.
Perokok marah. Ini satu penipuan. Pembeli rokok dipermainkan. Kedai yang jual rokok tiba-tiba naikkan harga walaupun stok rokok lama masih belum habis dijual. Pekedai kaut untung berlebihan. Kalau kome nak tau berapa kerajaan untung dari rokok, sini aku nak buat sikit perhitungan.
The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com
Harga sekotak rokok pek 20 batang = RM10.20
Harga sebatang = 0.51 senDari sebatang rokok berharga 51 sen itu;
cukai = 0.30 sen
untung pengilang = 0.14 sen
untung peruncit = 0.05 sen
untung pengedar = 0.01 sen
untung penanam = 0.01 sen
Untuk sebatang rokok, kerajaan kaut untung sebanyak 30 sen. Kali 20 batang, kerajaan cukai sebanyak RM6.00 sekotak. Nah...ambik kau, harga sebenar sekotak tak sampai pun 5 ringgit. Kalau sehari sedut sekotak, seorang perokok menyumbangkan sebanyak RM180 kepada kerajaan sebulan. Jika diambil kira statistik perokok tegar di Malaysia hari ini iaitu seramai 4.7 juta, semua perokok di Malaysia menyumbang lebih 800 juta ringgit iaitu sebanyak RM846,000,000 sebulan. Hampir 1 bilion sebulan pendapatan kerajaan dari cukai rokok. Kalau dikira setahun, kerajaan dah sedut lebih 10 bilion ringgit duit perokok di Malaysia iaitu RM10,152,000,000.
Yang malang, sebahagian besar perokok tegar di Malaysia bukan terdiri dari golongan kaya. Tetapi mereka merupakan antara penyumbang utama kepada sumber pendapatan kerajaan.
Tak hairanlah begitu banyak rokok seludup yang terdapat di pasaran gelap hari ini yang boleh dibeli dengan harga tak sampai RM3. Ini merupakan suatu tamparan kepada kerajaan yang cuba mengambil kesempatan cuba menangguk di air keruh. Nasib perokok di Malaysia amatlah malang sekali. Mereka tiada persatuan yang dapat membela nasib mereka. Persatuan pengguna juga tidak mahu berkompromi dengan perokok dengan alasan rokok membahayakan kesihatan.
Akhirnya perokok terpaksa tanggung sendiri. Nak berhenti, bukan senang. Kebanyakan perokok memang tak mahu berhenti kerana ia sudah jadi tabiat yang disukai. Berhenti merokok ibarat berhenti minum minuman kegemaran. Kalau semua orang berhenti merokok, kerajaan yang paling tak gembira kerana mereka hilang sumber pendapatan yang besar. Ini membuatkan perokok terpaksa bekerja lebih keras lagi setiap hari dan akhirnya menjadi hamba abdi kepada sistem kapitalis asalkan mereka dapat menampung perbelanjaan membeli rokok setiap hari.
Untuk membeli RM10 sekotak setiap hari sudah amat membebankan rakyat, ditambah pula 20 sen hari ini. Kenaikan cukai ke atas tembakau bukan kerana kerajaan berniat murni mahukan rakyatnya berhenti merokok sebaliknya itu merupakan sebahagian strategi kerajaan untuk memperoleh wang rakyat dengan mengambil kesempatan ke atas produk yang memang dianggap tidak memberi kebaikan. Ia samalah seperti kenyataan Najib tentang pengurangan subsidi gula - dengan alasan gula tidak baik untuk kesihatan dan menyebabkan ramai rakyat mengidap kencing manis.
Perokok akan sentiasa menjadi mangsa kepada keborosan dan ketamakan pemerintah setiap tahun dan tiada siapa mahu membela nasib mereka.