Monday, September 10, 2012

Terima kasih Nasharuddin Mat Isa!

NASHARUDDIN SELAMAT, AMENO MENANG!


GAMBOR PERINGATAN JER

Yong membaca keputusan Majlis Syura dengan perasaan bercampur-campur. Orang putih kata "mixed feeling."

PAS tidak kenakan tindakan apa-apa terhadap Nasharuddin Mat Isa.

DAP juga tidak kenakan tindakan apa-apa terhadap Karpal Singh.

Beberapa hari sebelum Majlis Syura bermesyuarat, lidah ameno sudah mencanangkan kepada rakyat 1Malaysia bahawa Nasharuddin Mat Isa akan dipecat oleh PAS atas arahan Anwar Ibrahim. Ini petikanan kata lidah ameno@utusan yang meloyakan itu pada 6 September 2012:


SIAPA PULAK YANG JADI SUMBER PAS ITU?

Kalau Nasharuddin dipecat, sudah tentu ameno akan bersorak riuh-rendah dengan fitnah PAS ditunggang oleh DAP dan PKR.

Maknanya ameno kalah? UG menang?

Oh tidak! ameno tetap menang kerana Nasharuddin yang ramai grassroot menyampah dan kalah dalam pemilihan Timbalan Presiden itu masih tetap dalam kepimpinan PAS. Dia masih bebas meraban membelakangkan keputusan muktamar PAS sambil bermesra dengan pemimpin ameno tanpa apa-apa tindakan! Parti syaitan itu (kata Madey) masih boleh menggunakan dia sebagai buah catur untuk melaga-lagakan PAS dengan PKR dan DAP.

Kalau PAS kalah, ingat UG boleh menang?

Kalau PAS kalah, UG akan melukut ditepi gantang ameno!

Kalau PAS pecat Nasharuddin, ameno menang kerana apa kata utusan yang meloyakan itu akan dicanangkan benar oleh para ahli parti syaitan. Nasharuddin pula mungkin hanyut bersama Hassan Jati! Pemimpin PAS tentu sudah maklum tentang kemungkinan ini. Sebab itu demer tak buat apa-apa.

Jadi, komer yang menyampah kat Nasharuddin jangan le marah Majlis Syura. Janganlah melebarkan lagi luka Majlis Syura akibat tikaman segelintir ahli PAS yang mabuk kepayang kepada ameno!

Siapa pula yang akan kena TKO dalam kes saman Karpal, bior mahkamah 1Malaysia yang tentukan.

Tengok dari sudut manapun, ameno dah menang pusingan ini.

Terima kasih Nasharuddin Mat Isa!

The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com