Sunday, April 28, 2013

Undi nampak perkara kecil TETAPI.....

 
Kertas undi yang wajib kita terima
Oleh : Mohtar Petah
PANDUAN MENGUNDI

Pada hari - hari menghadapi amalan mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke - 13 ini, kita sebagai orang yang beragama Islam dan kuat iman kepada Allah, hendaklah sentiasa berdoa, ’ihdinas siratal mustaqim’ - ’tunjukkan kami jalan yang lurus (benar)’, dan yakinkan yang setiap pangkah yang kita lakukan itu diperhatikan Allah.

Apabila telah berada di hadapan tempat mengundi, berfikirlah sebagai orang Islam dan mukmin, dan hadapi tiga perkara berikut ini:

DIRI SENDIRI

Tanya kepada diri kita sendiri:
alif - Benarkah aku orang Islam dan mukmin atau mukminah?
ba - Adakah aku taat kepada hukum - hukum Allah?
ta - Adakah amalan mengundi aku ini diredha Allah atau tidak?

CALON

Siapa calon yang akan kita undi. Fikir, istikamah dan pangkah,
a. Melayu parti kebangsaan tolak ’Negara Islam’.
b. Melayu dari parti yang menolak hukum - hukum Allah,ia ituharam, seperti, 1. Arak, 2. Judi.
c. Melayu yang menjanjikan kekayaan atau kemewahan hidup walaupun dari hasil yang haram seperti ’riba’, ’arak’ dan ’judi’.
d. Melayu yang mahu membangunkan negara walaupun tanah bumi Melayu ini terlepas kepada orang - orang luar dan bukan Melayu.
e. Melayu yang menjamin kemewahan hidup di dunia tetapi di akhirat menderita merana.
c. Melayu yang berjuang pada jalan Allah dan menegakkan Negara Islam dan tidak menolak semua hukum Allah.
d. Melayu yang tidak menjamin kekayaan dan kemewahan, tetapi memohon Allah sentiasa mengurniakan rezeki yang halal dan sentiasa diredaiNhya.
c. Melayu mempertahankan Islam sebagai agama yang didalamnya ada hal ehwal individu, suami isteri, keluarga atau rumah tangga, jiran tetangga, kemanusiaan sejaga, politik, ekonomi dan sebagainya.

CALON BUKAN MELAYU

a. Calon dari orang Cina dan India. Perhatikan, adakah mereka menentang perjuangan umat Islam, iaitu berjuang pada jalan Allah.
b. Calon yang bekerjasama dengan orang Islam untuk jalan Allah dan kebajikan orang ramai.
c. Calon yang mengutamakan kekayaan dan kemewahan yang akibatnya anaka cucu orang Melayu merempat di negara sendiri.

MENUNGGU KURNIAAN ALLAH

Setelah mengundi dan dalam perjuangan keluar, maka, yakinlah, amalan kita tadi diperhatikan Allah dan ada balasannya; sama ada balasan kepada kita kerana kita telah mengamalkan yang baik atau makruf atau balasan kepada kita kerana kita telah mengamalkan keburukan dan kemungkaran.

KESIMPULAN

Undi atau pangkah pada kertas undi itu, nampak perkara kecil sahaja, tetapi, sesungguhnya perkara besar, yang akan dibalas Allah dengan pahala atau kebaikan atau dosa.

Maksud firman Allah: ’Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman (kepada Allah, para malaikatNya, Kitab - kitabNya, termasuk al Quran, para Rasulnya, termasuk Muhammad s.a.w. danb hari akhirat) dan beramal solih (termasuk mengundi), dan merfeka yang berpesan - pesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran serta berpesan - pesan dengan sabar.
- Surah al Asri:2,3.


The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Friday, April 26, 2013

Ulama PAS yang sesat ni ikut petunjuk khulafa ar-rasyidin..


Oleh : Ustaz Zahazan

Tolong info jika ada yg lain !

Assalammu alaikum warahmatullah

Pernah tak dengar ttg khalifah Islam terkenal , Umar b Ab Aziz ra yg disifatkan oleh Imam Syafiiy sebagai mujaddid islam yg pertama ?

Hingga kan Harun al Rasyid khalifah islam di kalangan Abbasiy pernah berkata , aku tak pernah rasa cemburu melebihi cemburuku pada Umar di kalangan Bani Umayyah yg menjadi khalifah Islam yg telah membawa kebaikan & keadilan buat umat.
Hidupnya utk yg maha hidup, bukan utk mngumpul harta mcm pemimpin yg lain..
Bahkan barang kemas koleksi isterinya juga telah dikembalikan pd Baitul mal kerana Umar merasa ragu tentang kaedah pemerolehannya oleh pak mentuanya yg dulu merupakan pemimpin sebelumnya..

Itulah Umar b Ab Aziz & yg semisal dgnnya yg melihat kepimpinan adalah amanah..
Harta rakyat adalah amanah, bukan utk digunakan utk kepentingan peribadi dibahagi sama sendiri pada kroni, proksi & anak isteri..

Sementelahan pula kalangan pemimpin lain dari planet lain melihat jawatan politik utk bikin harta..

baru jer jadi ketua wilayah da memiliki bukan ratusan mil. lagi malah bil. hingga tak boleh nak ditutup lagi sampai luar negara pun tahu..

Apa nak buat, bila ditanya nanti dilabel tukang fitnah , pengkhianat, tak neutral dan macam2 lagi...

Kadang2 kita yg tak belajar tinggi terfikir , harta banyak camtu dimakan tujuh keturunan pun tak habis..

Makan roti canai pun sama dgn kita, teh tarik yg sama..
Tapi apalah tamak sangat sampai gitu banyak kumpul harta..
Takut jika kalah pilihanraya nak sembunyi kat mana ..

Apa nak jadi ???

Ada pula yg lebih 'tak sekolah' kata jika anda jadi ahli politik pun anda akan buat macam mereka ???

Tengok !!! 
Betapa golongan ini memenjarakan diri dgn kejahilan & kepandiran yg ekstrem.. 

Pergilah berjalan luar negara & lihat cara org maju berfikir..

Hak rakyat adalah utk mempersoalkan para pmimpin apa keprluan buat projek itu & ini..
Berapa banyak wang negara dibelanjakan.. 
Siapa yg menerima, apakah kelayakannya dpt projek , mngapa dia dipilih ??

Jangan ada orang jahil yg membandingkan urusan kpimpinan kerajaan macam urusan bisnes sbb kerajaan prinsipnya guna harta rakyat utk kepentingan rakyat sdgkn perniagaan utk jaga kpntingan pemilik bisnes..

Jika nak komen tlg gunakan akal bukan 'kebodohan' & emosi ..

Gambar di atas adalah bukti masih ada pemimpin yg berusaha ikut petunjuk khulafa rasyidin mcm Umar b Ab Aziz, tulah sebab kepimpinannya bertahan lebih dua puluh tahun ..
Tak dinafikan ada kkurangan dlm pentadbirannya tapi kenapalah rakyat masih terus mmilihnya ..

Jika ada yg lain tolong maklumkan krn saya amat mmrlukannya , tk.


The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Thursday, April 25, 2013

Ciss..malaun2 tu semua perosak imej Islam dan perosak perjuangan PAS jer!! - 2

WARKAH WARIS KARL MARX UNTUK PRESIDEN PAS


Saya masih tidak dapat tidur lena selepas melihat dakwaan Tuan Haji Hadi Awang terhadap beberapa calon Pakatan Rakyat. Dari isu pil kuda sehingga komunis. Saya tertanya diri sendiri, adakah dakwaan Tuan Haji ini benar atau hanya dakwaan sahaja? Di sini saya ingin mengulas beberapa perkara yang saya tidak puas hati.          Semua rakyat malaysia telah mendapat satu tamparan hebat pada 20.4.13, apabila terdapat pertindihan pada 7 kerusi antara PKR dan PAS. Aspirasi Rakyat untuk PRU13 ini adalah untuk kuburkan BN dan Putrajaya ditawan oleh PR. Tetapi apabila berlaku pertindihan, ramai kecewa dengan tindakan parti komponen PR iaitu PAS dan PKR.

          Seperti diketahui semua, 6 kerusi yang bertindih telah diselesaikan semalam. Namun isu DUN Kota Damansara, Selangor tidak diselesaikan. Sehari sebelum isu ini diselesaikan, Tuan Haji telah memberi penjelasan kenapa berlaku pertindihan dan video tersebut telah dimuatnaik di Youtube. Sehingga kini video ini telah mempunyai 74 ribu penonton. Saya hairan kenapa isu Kota Damansara tidak dapat diselesaikan seperti 6 kawasan lain. Akhirnya saya ketahui jawapannya tertera di dalam video ucapan Tuan Haji.

          Tuan Haji, pada hari penamaan calon saya terkejut dengan beberapa tindakan dari rakan PAS. Pertama sekali bila ada wakil dari PAS bertanding di Kota Damansara. Saya terkejut kerana mengikut pengetahuan saya, parti komponen PR tidak boleh bersaing antara satu sama lain. Di Kota Damansara, Dr Nasir bertanding atas tiket PKR walaupun beliau merupakan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia. Perbincangan logo telah dilakukan antara pihak PKR dan PSM serta telah mendapat watikah dari PKR. Perselisihan ini yang tidak dapat saya fahami sehingga kini.
          
          Insiden kedua yang menghairankan saya pada hari pencalonan ialah doa oleh orang-orang PAS. Setahu saya, musuh saya ialah Barisan Nasional dan musuh PR juga Barisan Nasional. tetapi saya tidak tahu musuh PAS ialah Dr Nasir. Mengapa saya berkata sedemikian kerana doa yang dilakukan ialah 'HANCUR NAJIB, HANCUR NASIR'. Memang saya terperanjat dengan doa sebegini dilakukan oleh penyokong PAS. Setahu saya, Nabi Muhammad pun tidak pernah membenci golongan Nasrani mahupun Yahudi. Saya masih tidak fahami kenapa PAS membencikan Dr Nasir.

         Sejak saya pergi ke Kota Damansara, banyak dakwaan telah dilemparkan terhadap Dr Nasir. Semuanya berlandaskan agama Islam. Ada yang mengatakan Dr Nasir tidak sembahyang. Ada orang mengatakan Dr Nasir tidak memberikan peruntukan untuk masjid dan surau di Kota Damansara. Saya memang terkejut dengan tuduhan sebegini ke atas Dr Nasir. Setahu saya Dr Nasir bukan seperti yang dikatakan.

         Saya masih ingat, Dr Nasir telah pergi ke Umrah. Setahu saya jika seseorang tidak sembahyang dan murtad ataupun bukan Islam tidak boleh pergi ke tanah suci. Jika pergi juga, perkara buruk akan berlaku kepadanya. Jika Dr Nasir tidak sembahyang dan sebagainya, bagaimana beliau boleh sampai ke tanah suci dan balik dengan selamat? Ini yang menghairankan saya.

         Tuduhan Komunis oleh Tuan Haji, memeranjatkan saya lagi. Lebih-lebih lagi tohmahan ini pernah digunakan oleh Barisan Nasional terhadap 30 aktivis PSM pada Bersih2.0 di mana 6 telah ditahan dibawah Emergency Ordinance pada 2011. Saya hanya ada satu soalan sahaja. Bila masa Dr Nasir pernah mengambil senjata? Dalam buku teks Sejarah, Komunis dilabelkan sebagai pengganas. Itu yang saya nak tahu, sejak bila Dr Nasir menjadi pengganas? Setahu saya, beliau hanya turun ke jalanraya untuk demonstrasi. kalau tidak beliau akan berada di barisan hadapan menahan jentolak merobohkan rumah orang miskin iaitu peneroka bandar. Jika Dr Nasir seorang komunis atau pengganas, saya pasti ramai pemandu jentolak telah dibunuhnya. Tetapi semua ini tidak berlaku. 

         Dari asas apa Tuan Haji mengatakan Dr Nasir seorang komunis? Kerana ada gambar Karl Marx, Lenin, Stalin? Kalau saya simpan gambar Tok Guru Nik Aziz adalah ini bermakna saya penyokong PAS atau saya seorang Islam? Tuan Haji perlu faham, sosialisme adalah satu sistem ekonomi yang mengatakan pengagihan harta secara sama rata. Di mana orang kaya tidak merampas hak orang miskin dan menjadikan mereka papa kedana. Sistem ekonomi tidak bercanggah dengan agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya. 

        Saya boleh buktikan tuduhan yang dilemparkan ke atas Dr Nasir adalah tidak berasas. Tetapi bolehkah pihak yang membenci Dr Nasir buktikan juga dakwaan mereka? Tetapi apa yang telah dilemparkan tidak boleh dipadam. Bagi saya senjata yang paling tajam adalah lidah kita sendiri. Jangan kita lupa. PRU ini untuk kuburkan BN dan bukan mengkuburkan kawan kita. Kita perlu teruskan dengan #ABU dan menawan Putrajaya untuk kesejahteraan rakyat. Saya yakin kita boleh lakukan jika kita BERSATU untuk RAKYAT MALAYSIA.
The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Aduiii...kang kata MANGKUK HAYUN marah!!

Sah Puak-Puak UG Bantu BN Untuk Menang!

Oleh: Mountdweller
 
Setelah dipersetujui bersama konsep Negara Berkebajikan, kenapa perkara Hudud digembar-gemburkan pada masa yang kritikal dan sensitif ini?

Setiap yang beriman wajib menerima Hudud tetapi kenapa perkara ini tidak direservekan dulu dan berbincang kemudian secara tertutup menggunakan platform Majlis Presiden setelah PR menang dan dijulang oleh Rakyat Malaysia yang inginkan perubahan sebagaimana saya katakan sebelum ini?

Kalau aku kata Mangkok Hayun tak berhikmahkan ramai pula juak-juak yang wala' buta marah!

Aku sendiri pun dah berbelah bagi sekarang
Belum lagi menang dan memerintah masing-masing dah nak tunjuk belang
Bila memerintah, silap-silap negara lintang pukang!

Aku heran kenapa geng-geng tua di dalam PAS ni suka buatkan penyokong libral dan mahukan yang terbaik dan nak sangat tengok perubahan di dalam pemerintahan serta tadbir urus kerajaan yang lebih menjadi gelisah?

Janganlah bila berada di momentum yang baik ini direncatkan dengan perbagai kerenah dan senongeh pulak! 
Hudud Dilaksana Jika Pakatan Perintah Negara
ARAU – Hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Persekutuan walaupun DAP menentang keputusan tersebut, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

“Saya yakin DAP akan menerima hukum hudud kerana kesanggupan mereka untuk bertanding dengan menggunakan lambang PAS. Namun ia hanya akan dilaksanakan selepas Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah negara.

“Pakatan harus mengambil alih kerajaan Persekutuan. Selepas itu barulah kami boleh meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan hukum hudud,” katanya selepas melawat ibu tunggal di Guar Sanji, Selasa.

Walaupun DAP membantah pelaksanaan hukum hudud beberapa tahun lalu, Dr Haron berkata kini ia tidak lagi menjadi isu.

Dr Haron, yang merupakan calon PAS Parlimen Arau berkata, parti Pakatan haruslah ‘memberi dan menerima’ dalam usaha untuk bekerjasama.

Sebagai contoh, katanya, DAP harus bersetuju dengan keputusan PAS untuk tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam.

Sementara itu, dalam satu majlis berasingan di Alor Setar, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata semua wanita Islam harus memakai tudung, bukan saja di kalangan pelajar tetapi penyampai berita.

Memuji pendekatan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib untuk mempromosikan cara hidup Islam, beliau menegaskan kempen tersebut adalah untuk menggalakkan wanita Islam memakai tudung dan tidak disasarkan kepada kumpulan spesifik.

“Ia perlu disasarkan kepada semua wanita Islam,” katanya pada Selasa.

Bagaimanapun, beliau berkata wanita Islam tidak boleh dipaksa untuk memakai tudung.

Harun berkata demikian bagi mengulas kenyataan Muhammad pada Isnin selepas menyertai PAS yang menegaskan terdapat pembaca berita di kalangan wanita Islam dan kanak-kanak sekolah tidak memakai tudung. -
sumber
The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Tuesday, April 23, 2013

Ciss..malaun2 tu semua perosak imej Islam dan perosak perjuangan PAS jer!!

Puak PAS , Baca Nih...!!

 
Peristiwa Perletakkan Hajar Aswad ( ini adalah urusan yang melibatkan Amanah; Siddiq; Tabligh; Fatonah )

Ketika Nabi Muhammad SAW berusia 35 tahun, kota Mekah dilanda banjir besar. Akibat banjir tersebut Kaabah menjadi rosak dan Hajar Aswad hanyut dari tempatnya. Orang-orang Mekah kemudian berusaha memperbaiki Kaabah dan mengembalikan Hajar Aswad ke tempatnya semula.

Setelah pembaikkan Kaabah selesai, terjadi perselisihan yang melibatkan antara empat suku kaum besar di Mekah. Mereka berebut untuk meletakkan Hajar Aswad, kerana masing-masing suku kaum mengaku paling berhak untuk meletakkan Hajar Aswad. Perselisihan itu tidak dapat di selesaikan. Tidak lama kemudian datang seorang Quraisy bernama Abu Ummayyah bin Mughirah Al Makhzumi. Dia berusaha meleraikan pertikaian keempat-empat suku kaum tersebut, tetapi tidak berhasil.

Kemudian Abu Ummayah mengusulkan agar perselisihan tersebut diselesaikan oleh seorang hakim. Orang yang berhak menjadi hakim adalah orang yang pertama sekali masuk Masjidil Haram melalui pintu safa pada keesokan harinya.

Usul tersebut dipersetujui oleh para pemuka suku Quraisy. Ternyata orang yang pertama masuk melalui pintu safa adalah Nabi Muhammad SAW. Semua suku kaum bersetuju bahawa yang menjadi hakim untuk menyelesaikan pertikaian mereka adalah Nabi Muhammad SAW. Mereka juga percaya bahwa Nabi Muhammad SAW dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Nabi Muhammad SAW dikenali sebagai seorang yang jujur dan dapat memberikan keputusan yang adil, sehingga mereka percaya pada beliau. Nabi Muhammad SAW kemudian membentangkan serbannya di tanah dan meletakkan Hajar Aswad ditengahnya. Beliau meminta setiap para kepala suku kaum untuk memegang hujung serban dan mengangkatnya bersama-sama.

Kemudian Nabi Muhammad SAW mengambil Hajar Aswad dan meletakkan di tempatnya semula. Dengan demikian perselisihan dapat di selesaikan dengan baik. Para kepala suku merasa puashati dengan penyelesaian yang dilakukan Nabi Muhammad SAW.

Saturday, April 13, 2013

Diet Untuk Orang Politik!!..Baguih Ni...

MENGESAN PENYAKIT BUAH PINGGANG
Langkah pertama penjagaan penyakit buah pinggang yang lebih berkesan ialah dengan mengesan penyakit ini pada peringkat awal-awal lagi. Pengesanan awal adalah penting terutama sekali jika anda seorang penghidap diabetes kerana penyakit ini akan menyebabkan anda berisiko tinggi bagi menghidap penyakit buah pinggang. Beberapa tanda-tanda dan gejala penyakit buah pinggang yang harus diberi perhatian termasuklah berat badan menurun tanpa sebab, rasa loya atau muntah, letih lesu atau sakit belakang. Tanda-tanda lain termasuk penukaran kekerapan atau corak urinasi, urin yang mengandungi darah atau rasa pedih ketika urinasi, bengkak pada muka, kaki dan abdomen dan kesukaran untuk tidur malam.

Malangnya, kesemua tanda dan gejala ini kebiasaannya tidak akan kelihatan sehinggalah buah pinggang anda telah mengalami kerosakan yang teruk. Ada juga kemungkinan anda langsung tidak akan mengalami sebarang tanda atau simptom tersebut walaupun buah pinggang anda sudah tidak berfungsi lagi. Oleh sebab itu, anda tidak boleh bergantung kepada kesemua tanda dan gejala tersebut untuk mengesan penyakit buah pinggang dan sebaliknya menganggap yang anda tidak mempunyai penyakit tersebut jika anda langsung tidak mengalami sebarang tanda-tanda tersebut.

Cara yang paling tepat untuk mengesan samaada anda mengalami sebarang kerosakan buah pinggang ialah dengan berjumpa doktor anda dan mengambil ujian urin untuk mengesan mikroalbumin dan protein. Kehadiran mikroalbumin (protein dalam jumlah yang kecil) dalam urin menunjukkan bahawa buah pinggang anda telah rosak. Ini terjadi kerana buah pinggang yang rosak tidak dapat menerima balik kebanyakan protein yang telah ditapis, menyebabkan kandungan protein dalam urin semakin meningkat. Kehadiran protein dalam kuantiti yang banyak dalam urin (makroalbuminuria - satu petanda lewat nefropati diabetes) boleh dikesan dengan satu ujian ringkas dengan mencelup stik pengesan ke dalam urin. Sebaliknya, untuk menentukan kandungan protein dalam urin yang sedikit (mikroalbuminuria) - satu petanda awal kerosakan buah pinggang disebabkan diabetes, memerlukan suatu ujian khas.

Jika ujian menggunakan stik pengesan atau ujian mikroalbuminuria menunjukkan keputusan yang positif, adalah baik jika anda mengikut nasihat doktor dan seterusnya mengambil langkah-langkah yang sewajarnya, seperti tertera di bawah, untuk membantu anda mengelak atau melambatkan penyakit ini daripada menjadi bertambah teruk.


The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com