Semasa di Makkah dua minggu lepas juga saya sudah medapat berita
berkenaan. Bahawa berlaku gelombang dan kesesaran politik besar di
Sabah. Anihnya gelombang itu bukan kerana ia meriak dari Kuala Lumpur,
tetapi ia meletus di Sabah sendiri. Gelombang yang bakal menenggelamkan
kerajaan UBN Sabah bukan panggilan dari Kuala Lumpur tetapi ia muncul
dari Sabah sendiri.
Atas tanggungjawab itu maka saya menyusahkan diri terbang ke Kuching kemudian ke Sabah untuk semata-mata untuk melihat dengan mata kepala saya sendiri mengenai apa yang berlaku. Pada catatan permulaan ini saya tidak mahu membongkar berbagai kepelikan dan keanihan yang berlaku di Sabah yang mengarah kepada perubahan besar politik di negeri bawah bayu ini. Cukup kalau saya menyebut pertemuan Anwar dengan para pemimpin politik Sabah tengah hari tadi mengesahkan kata-kata bahawa Sabah akan tumbang. Para arkitek politik Sabah sedang merangka bagaimana proses penumbangan itu dan memikirkan pula bagaimana untuk membangun bentuk politik baru.
Belum pernah rasanya peristiwa seperti ini berlaku. Dan ini amat menggembirakan Anwar saya kira yang secara tidak langsung perjuangan Anwar selama 10 tahun dalam kandang penderitaan sudah disedari akan kepentingan dan keperluannya. Anwar kini sedang mengutip hasil dari perjuangannya menyedar dan membela rakyat yang dilakukannya.

Bacaan lanjut --->Pertemuan Sulit Yang Terbuka Di Sabah
The best APAM in the world..http://worldofapam.blogspot.com