Wednesday, August 15, 2012

PAS=IKHWAN Haram..UMNO=APCO Halal..

Semasa pilihanraya Mesir selepas tamat revolusi Jasmin, Arab Saudi telah menghantar sepucuk surat kepada dutanya di Kaherah untuk memastikan Mohamed Morsi tewas dalam pilihanraya.



Dokumen rahsia terpenting mengenai komplot menteri luar Saudi, Saud bin Faisal bin Abdul Aziz untuk menghalang kemenangan calon Islam dalam pilihanraya berjaya diperolehi agensi berita Al-‘Alam.

Al-‘Alam telah mendedahkan salinan surat dokumen tersebut di laman sesawangnya pada hari Sabtu lalu.

Surat yang telah dikirim oleh Faisal ke kedutaan Arab Saudi di Kaherah itu mendedahkan usaha Riyadh untuk menghalang kemenangan Islam dalam pilihanraya presiden.

“Dengan ini ditegaskan bahawa kami penjaga Haramain yang mulia, meminta anda berusaha sepenuhnya untuk menghalang kemenangan calon Islam terutamanya Mohammed Mursi,” menurut surat tersebut.

Antara lain ia turut menyatakan sebagai ‘Ikhwanul Muslimin ancaman sebenar kepada Arab Saudi’ dan ‘Kita tidak mahu mereka berkuasa’.

“Jikalau tidak, kita akan kehilangan kedudukan memimpin dunia Arab dan Islam,” tambahnya lagi.
Ikhwanul Muslimin Mesir mengumumkan bahawa calon Mohammed Mursi telah berjaya memenangi kebanyakan undi pilihanraya pusingan pertama minggu ini dengan lebih 25% undi.

Menurut laporan Reuter, keputusan pusingan pertama pilihanraya presiden Mesir menunjukkan calon Ikhwanul Muslimin, Mohammed Mursi dan bekas ketua tentera udara Ahmed Shafiq menduduki tangga teratas dengan undi masing-masing berjumlah 5,553,097 dan 5,210,978.

Hasil keputusan rasmi tidak akan berakhir pada Selasa ini untuk membolehkan jawatankuasa pilihanraya mendengar aduan dan permohonan tentang undi. (Kredit kepada Ibnu Azmi)

Okay..apa konspirasinya?


Bacaan lanjut ---> Najib dan Nasa..apa cerita sebenar??

The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com