Friday, August 03, 2012

MERDEKAREVIEW tamatkan operasi. Orang2 kuat PR tak buleh tolong ka??

Aikk...takdak sapa ka nak tolong MERDEKAREVIEW. Aloo..geng2 PR yang ada title YB..takkan benda ni tak buleh tolong kot??? Aku bukan apa sebab banyak isu yang ditulis kat sini menarik..bukan pasai politik je tapi isu2 yang berkaitan persekitaran pun banyak...so takdak sapa ka nak tolong??

Kempen "Selamatkan MerdekaReview" telah diadakan ketika itu untuk mengutip derma bagi melanjutkan hayat MerdekaReview.  Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang menawarkan bantuan dan menyumbang sepanjang tempoh itu.  Malah edisi bahasa Cina Malaysiakini telah bekerjasama dengan MerdekaReview kemudiannya untuk "pelan langganan bersama" (melayari kedua-dua laman dengan satu harga), menjana pendapatan untuk menampung kos kedua-dua media internet.
MerdekaReview merasai sokongan yang hangat dari pembaca.  Namun demikian, pendapatan yang diperolehi daripada pelan langganan gagal menampung semua kos perbelanjaan yang diperlukan untuk meneruskan operasi media ini.  Sepanjang tempoh setahun yang lalu, kami cuba mencari pelabur, penaja dan penyumbang dana sebagai jalan alternatif untuk menyokong dari segi kewangan, namun kami gagal menemui pelabur dan penaja yang sesuai.

Dengan kekangan kewangan sedemikian, kami berdepan dengan masalah untuk mengekalkan pasukan editorial yang asal, pada masa yang sama gagal menarik orang baru untuk menyertai pasukan kami.  Saban hari kami berdepan dengan lambakan isu yang perlu diberi liputan, sementara berhempas-pulas untuk mencari sumber dana.  Keadaan ini berlanjutan, sehingga kami mendapati agak sukar untuk mengekalkan kuantiti dan kualiti tulisan di
MerdekaReview.
Bacaan lanjut ----> MerdekaReview menamatkan operasi


The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com