Sunday, July 22, 2012

Islam Perlu Dilindungi oleh Pemerintah Islam dan Bukan Islam!!!!

Oleh: Dwen Puyau

Minggu lepas saya menghadiri satu mesyuarat mengenai penguatkuasaan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam. Enakmen ini telah pun wujud lebih dari 20 tahun namun hanya ada satu kes sahaja yang dibawa ke Mahkamah.

Sebanyak 10 negeri telah mempunyai Enakmen masing-masing berkatian kawalan dan sekatan pengembangan agama selain Islam. Empat negeri belum mempunyai Enakmen seumpama itu iaitu Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Yang menjadi persoalan ialah, kenapa begitu sedikit kes di bawa ke mahkamah sedangkan terlalu banyak kes-kes orang Islam di dakyah oleh orang-orang bukan Islam.

Ini bukanlah kali pertama saya menulis dalam FB saya berkaitan isu ini. Rasa-rasanya ini sudah kali ke 3 mahu pun ke 4 saya membahaskan isu ini dari sudut Perlembagaan Persekutuan dan perundangan negeri-negeri.

Saya tidak nafikan bahawa agak sukar untuk kita memahami kedudukan Enakmen tersebut termasuklah dikalangan ahli perundangan. Ketika perbincangan di adakan kebanyakan didapati masih kabur terhadap Enakmen dan Perlembagaan.

Persoalan utama yang dibangkitkan ialah “siapakan Tuan kepada Enakmen tersebut”? dan siapakan yang sepatutnya menguatkuasakan Enakmen tersebut” ?.

The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Saturday, July 21, 2012

CheGuBard mengamuk??




Apa yang tak kena ni?

Apa yang berlaku sebenarnya sampai masalah parti diheboh-hebohkan dalam media online?

Pohon perbaiki jika ada apa-apa masalah. Please!!

Kami pohon sangat kepada pemimpin-pemimpin ni. Korang gaduh, kami yang susah nak terangkan kepada orang bawah. Tolong fikir ok! - Kerabu Bersuara

The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Friday, July 20, 2012

Kerajaan DAP Penang buat projek haram dan merbahaya??

Projek Pejabat Hijau Pulau Pinang

Sudahkah lampu DIPADAM sebelum anda keluar?
Adakah suis komputer DIMATIKAN pada akhir hari kerja anda?
Pernahkah anda lihat KERTAS (DENGAN CETAKAN SATU MUKA SAHAJA, penyataan bank, kad perniagaan, nota post-it, penyataan bil & lain-lain.) bertaburan di sekeliling pejabat anda & akhirnya berakhir di tong sampah

Terfikirkah anda KESANnya walaupun sikit terhadap ALAM SEKITAR? Ingatlah, SIKIT-SIKIT, LAMA-LAMA JADI BUKIT!
TINDAK-TANDUK kita akan mempengaruhi EKO-SISTEM kita.
Bagi pengurusan sampah, kebanyakan kita didedahkan dengan konsep 3R (REDUCE, [kurangkan], REUSE [guna semula], RECYCLE [kitar semula] dan konsep SISA SIFAR. Namun, PERSOALANNYA berapa ramai yang menjayakannya?
Marilah kita bersama-sama mengamalkan MINDA HIJAU di pejabat. Ianya dapat membantu MENJIMATKAN KERTAS kerana kita senantiasa beringat bahawa setiap helaian kertas mewakili pokok-pokok yang ditebang. Secara tidak langsung, dapat juga menjimatkan wang, tenaga dan paling PENTING, KELANGSUNGAN ALAM SEKITAR TERUS DIPELIHARA. 

The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com/

WARNING!! What Triangle Symbol Means On A Water Bottle..




The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Tuesday, July 17, 2012

Menangkan ISLAM Sebelum Bertemu ALLAH!- Nik Aziz

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menyebut dan berpesan :

"Usia ambo kini lebih 81 tahun, roh yang pergi pada malamnya jika tak kembali.. matilah ambo. Buatlah segala daya upaya untuk memenangkan Islam di muka bumi ini sebelum pergi bertemu Allah."




The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com


Surat terbuka AWER kepada PM Najib!!

Rujukan kami: awer.2012.009bm

15 JULAI 2012

Kepada,
YAB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK

Perdana Menteri
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya

YAB Dato' Sri,

PENYIASATAN BEBAS (INDEPENDENT INVESTIGATION) KE ATAS PIHAK BERKUASA PEMBANGUNAN TENAGA LESTARI (SEDA)

Perkara di atas dirujuk.

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah mengutarakan pelbagai isu yang berkaitan dengan pembangunan Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) dan kaedah yang digunakan di Malaysia.  Agenda Teknologi Hijau yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan diikrarkan oleh YAB Dato 'Sri diganggu-gugat oleh peningkatan kelemahan dan pengaburan kebenaran (whitewashing) serta tuduhan salah laku dalam sistem Tarif Galakan (Feed-in-Tariff / FiT) baru-baru ini.

YAB Dato' Sri, kami ingin mengetengahkan beberapa isu berkaitan dengan SEDA yang memerlukan campur tangan Kabinet:

(i) Mekanisme FiT telah diterima pakai (bukan dibangunkan sepenuhnya) oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bagi pelaksanaan projek-projek RE.  25% pengguna domestik serta pengguna-pengguna kategori lain dari institusi, perniagaan, industri, dan sebagainya, di Semenanjung Malaysia menyumbang kepada FiT.  Kos FiT kepada perniagaan disalurkan secara langsung kepada rakyat melalui kos perkhidmatan dan produk.  Akhirnya, semua kos FiT akan dibayar oleh rakyat dan ini adalah satu fakta ekonomi yang tidak boleh disangkal di seluruh dunia.

Sunday, July 15, 2012

Himpunan OREN: Melayu,umno dan sejarahnya menjual negeri pada orang


Oleh : Badwi padang pasir

بسم الله الرحمن الرحيم ..Mengikut Wan shamsudin Mohd Yusoff sejarawan dari kedah,sebermula Tanah Melayu itu dari Chumpon(kuala chupak),suatu bandar di utara  segengting kera kira kira 500 km dari bukit kayu hitam kedah.Ada lagi batu sempadan bertulis jawi( negeri kedah} kata seorang sahabat yang pernah berkunjung kesitu.Kalau kita singgah di kampung2 sepanjang jalan dari danok ke chumpon  budaya melayu masih kuat diurat nadi penduduk yang beragama Islam namun tidak tahu berbahasa melayu,mereka cakap siam dan tak tahu mereka berbangsa melayu,mereka hanya tahu mereka Thai muslim..masyallah.


Demikianlah bila negeri terlepas tangan, seluruh identiti dilupakan,keluar air mata darah pun negeri tak kan dilepas oleh siam.Bagi siam, ,tanah seumpama agama,sebab itulah tanah walau segenggam tak dibenar dibawa keluar oleh kerajaan siam dari negeri siam.Raja2 melayu tidak dapat mempertahankan negeri mereka pada waktu tersebut,namun sejarah menunjukkan juga, Riau dan Acheh pernah datang  untuk menyelamatkan keadaan,walaubagaimanapun kuasa kafir barat banyak menolong siam  dalam memperolehi tanah subur makmur indah anugerah ilahi kepada bangsa melayu.

Selepas era penjajah barat maka amanah memerintah diwakilkan pula kepada umno,umno juga perangai nya suka sedekah negeri pada orang,maka singapura yang sangat stregik disedekah pada pendatang china dan paling mutaakhir pulau batu putih,kerja2 bodo bengong ini tetap disambung oleh generasi kedua umno,sekarang dalam bentuk memberi taraf kewarga negaraan pada rakyat asing,mereka tidak pernah belajar kesilapan memberi taraf kerakyatan secara borong(jus soli) sewaktu nak mencapai kemerdekaan dulu.

Kini cubaan menyerahkan felda kepada lintah darat bursa saham,kesian bangsa ku akan senasib dengan anak cucu kunta kinte,dijanjikan durian runtuh sebagai umpan,pada jangka panjang tanah akan jadi milik orang juga.Mereka tak ubah seperti kuli2 estet2 penjajah yang dibawa dari tamil nadu dan kerala.sekarang pun hak milik tanah mereka bukannya milik mereka penuh,ada cop felda di geran tersebut.Maka sedarlah wahai bangsaku dari lamunan mimpi,jangan sekali lagi membuat kesilapan dalam PRU  akan datang,pilihlah calun yang akan datang asal bukan umno...sekian.

The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

PRU 13: Hak atau Tanggungjawab?

Oleh: Dwen Puyau

Dua bulan yang lalu aku dijemput berdiskusi bersama “Generasi Y" mengenai hala tuju politik masa hadapan dan peranan generasi muda dalam menentukan kepemimpinan negara.

Diskusi itu di adakan atas dasar kebimbangan para pemimpin dan ahli politik dengan suasana dan situasi golongan muda masa kini yang tidak berminat mencampuri dan mengambil tahu tentang keadaan politik tanah air.

Generasi Muda yang dimaksudkan ialah generasi yang berusia antara 21 dan 40 tahun. Jadi, aku pun termasuklah dalam kelompok generasi “Y” juga.....

Berdasarkan kajian dan laporan yang diberikan kepada aku oleh beberapa agensi, mereka memaklumkan bahawa generasi yang paling dibimbangi ialah generasi yang graduan Universiti pada tahun 1997 dan selepas itu merupakan generasi yang paling tidak berminat dengan politik.

Yang menjadi kebimbangan di satu pihak (parti) ialah, golongan ini adalah menjadi penentu dan sebagai “Silent killer” kepada parti mereka dalam pilihanraya umum. Alamak!!!! Aku pun termasuk ngan kumpulan ini juga ker?. Suka hati korang lah ape korang nak kata. Tapi itulah hakikat yang perlu ditelan oleh parti tersebut.

Berdasarkan laporan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) terdapat lebih dari 3 juta warganegara yang layak belum mendaftar sebagai pemilih, dan majoriti mereka ialah generasi muda yang beragama Islam berbangsa Melayu.

Bayangkan jika mereka ini mendaftar kepada pengundi. Ianya seumpama jumlah pengundi untuk 3-4 negeri...... Memang betul-betul boleh menjadi silent killer sebab boleh dapat lebih kurang 30 Kerusi Parlimen tue....

Apa-apa hal, aku hanya menjalankan tugas yang di amanahkan kepada aku tanpa mengira parti mana yang aku dokong dan yang paling penting, aku melaksanakan tugas untuk memberikan kesedaran kepada anak muda sepertimana yang dikehendaki oleh pemerintah.

Dalam Diskusi tersebut seorang peserta bertanya kepada aku ; Apakah hukum mengundi ketika pilihan raya? Adakah ianya hak atau pun satu tanggungjawab?.

The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com