Friday, November 23, 2012

PAS kena belasah dengan Dr.Asri

Padan muka PAS kena belasah dengan Dr. Asri. Sori la wei kalu hangpa semua tak paham apa yg Dr. Asri tulis. Nampak sangat sikap 'tidak matang' kalau melenting bila kena tegur..aku tau ramai yang tak suka Dr.Asri tapi hakikatnya berapa lama lagi PAS nak diam dari terus membuat perubahan?

Kita semua nak berubah tapi berubah ke arah kebaikan ..yang tu pun ada setengah dalam PAS masih tak mau paham atau saja buat-buat tak paham. Mampuih pi la ..cuba baca apa yang Dr.Asri tulis...

Relevankah PAS dalam realiti baru? 
Saya pernah mengkritik Umno dalam tulisan saya sempena Perhimpunan Agung Umno yang lepas dan sebelum. Ketika itu saya tetamu parti tersebut di perhimpunan mereka. Orang Umno tidak menzahirkan kemarahan atas kritikan itu. Perasaan mereka, saya tidak tahu. Muktamar PAS baru sahaja berlalu. Kali ini saya ingin sedikit melontarkan persoalan untuk berkongsi dengan PAS.
Maaf, bagi saya PAS merupakan parti politik yang agar sukar menerima teguran. Sekalipun tidak dinafikan ada juga pimpinan PAS yang bersikap terbuka. Pemuda PAS merupakan sayap yang sepatutnya menggambarkan cita rasa generasi yang berfikiran terbuka, menzahirkan reaksi yang agak keras setiap kali menerima kritikan. Pembaca boleh membaca reaksi timbalan ketuanya dalam memberi pandangan balas terhadap saya ketika saya melontar pandangan agar jangan tiru pendekatan Taliban dan jangan wujudkan negara mullah.

Dalam wacana di Sinar Harian baru-baru ini mengenai ulama dan pemerintah, banyak kritikan saya tertumpu kepada Umno, tetapi pihak Pemuda PAS yang begitu melenting hanya kerana pandangan sepintas lalu agar PAS jangan nanti membentuk negara mullah. Umno tidak sangat melatah. Saya mula risau tentang masa depan hak bersuara rakyat terhadap kerajaan jika PAS direzekikan Allah menguasai Putrajaya. Apakah pendekatan Umno sebelum pilihan raya umum ke-12 akan dihidupkan semula? Atau lebih parah, atas nama Tuhan rakyat dilarang berbicara? Harapnya tidak begitu.
Perlu berubah
Gerakan Islam di seluruh dunia terpaksa akur bahawa mereka perlu berubah jika ingin memastikan mereka terus relevan. Bukan sahaja gerakan Islam, bahkan apa sahaja gerakan dalam dunia ini terpaksa akur bahawa cuaca baru yang sedang dihayati oleh umat manusia memerlukan satu kerangka baru dalam pemikiran dan perlaksanaan.

Politik adalah satu bidang yang membabitkan persoalan menguruskan manusia. Manusia itu terdedah kepada pengaruh tempat dan masa. Budaya dan cara berubah disebabkan persekitaran yang berbeza. Sudah tentu, iklim politik pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin tidak sama dengan zaman selepasnya. Sudah pasti budaya dan cara politik pada zaman Umawiyyah dan Abbasiyyah tidak sama dengan yang selepas itu.

Demikian politik dalam era negara bangsa tidak sama dengan era empayar sebelum itu. Globalisasi dan era ledakan maklumat telah mencetuskan pelbagai fenomena baru dalam kehidupan manusia. Sesiapa yang cuba melaksanakan secara literal ataupun mengadaptasikan sepenuhnya teks politik zaman lampau ke zaman kini, maka dia seorang yang naif dan dangkal dalam memahami tabiat politik, sekaligus rasional dan tabiat Islam itu sendiri.

Baca lagi kat sini ------ > PAS KENA BELASAH DENGAN DR.ASRI


The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com