Thursday, August 02, 2012

Harap ramai yang sudi bantu blogger ZAiNULFAQAR YAACOB...

Baca kisah di bawah ni dan harap fahami apa yg tersirat ..
"Pembedahan (membuang ketumbuhan pada paru-paru) tidak boleh dilakukan sehingga diketahui punca limpa dan hati bengkak kerana perlu diketahui punca sebenar sakit Puan Hajjar," kata Dr. kepada saya petang tadi selepas membuat siasatan fizikal pada seluruh tubuh Hajjar.

Saya bersetuju dengan cadangan Dr untuk mengambil tisu sum-sum Hajjar untuk membuat siasatan perubatan lanjut kerana itu sahaja opsyen segera yang ada.

Sungguhpun saya tahu kesakitan teramat serta risiko kaedah sedemikian, ikhtiyar dan pasrah perlu pada saat-saat genting sebegini.

Pembedahan minor dijadualkan pada Isnin depan. Mudah-midahan, ia mempercepat pembedahan major untuk buang ketumbuhan dan sembuhkan sakit lain-lain kelak.

InsyaAllah, Jumaat nanti, saya akan bergegas pulang ke Pulau Pinang. Saya mungkin akan memohon cuti tanpa gaji selama 30 hari kerana Hajjar memerlukan saya terutama semasa menggigil kesejukan sepertiga malam tiap-tiap hari.
Bacaan lanjut di ------> Tisu sum-sum Hajjar diambil Isnin nanti...

Kepada yang ingin membantu sahabat kita sila rujuk seperti yang tertera di bawah.
Bagi yang berniat untuk menyumbang kepada Hajjar, boleh disalurkan melalui akaun Maybank2U saya dahulu, Zainulfaqar Yaacob, 164258481533. Tolong SMS saya (0194241583), jumlah sumbangan.

Sekadar perkongsian.

ZAiNULFAQAR YAACOB

The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com