Thursday, April 25, 2013

Aduiii...kang kata MANGKUK HAYUN marah!!

Sah Puak-Puak UG Bantu BN Untuk Menang!

Oleh: Mountdweller
 
Setelah dipersetujui bersama konsep Negara Berkebajikan, kenapa perkara Hudud digembar-gemburkan pada masa yang kritikal dan sensitif ini?

Setiap yang beriman wajib menerima Hudud tetapi kenapa perkara ini tidak direservekan dulu dan berbincang kemudian secara tertutup menggunakan platform Majlis Presiden setelah PR menang dan dijulang oleh Rakyat Malaysia yang inginkan perubahan sebagaimana saya katakan sebelum ini?

Kalau aku kata Mangkok Hayun tak berhikmahkan ramai pula juak-juak yang wala' buta marah!

Aku sendiri pun dah berbelah bagi sekarang
Belum lagi menang dan memerintah masing-masing dah nak tunjuk belang
Bila memerintah, silap-silap negara lintang pukang!

Aku heran kenapa geng-geng tua di dalam PAS ni suka buatkan penyokong libral dan mahukan yang terbaik dan nak sangat tengok perubahan di dalam pemerintahan serta tadbir urus kerajaan yang lebih menjadi gelisah?

Janganlah bila berada di momentum yang baik ini direncatkan dengan perbagai kerenah dan senongeh pulak! 
Hudud Dilaksana Jika Pakatan Perintah Negara
ARAU – Hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Persekutuan walaupun DAP menentang keputusan tersebut, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

“Saya yakin DAP akan menerima hukum hudud kerana kesanggupan mereka untuk bertanding dengan menggunakan lambang PAS. Namun ia hanya akan dilaksanakan selepas Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah negara.

“Pakatan harus mengambil alih kerajaan Persekutuan. Selepas itu barulah kami boleh meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan hukum hudud,” katanya selepas melawat ibu tunggal di Guar Sanji, Selasa.

Walaupun DAP membantah pelaksanaan hukum hudud beberapa tahun lalu, Dr Haron berkata kini ia tidak lagi menjadi isu.

Dr Haron, yang merupakan calon PAS Parlimen Arau berkata, parti Pakatan haruslah ‘memberi dan menerima’ dalam usaha untuk bekerjasama.

Sebagai contoh, katanya, DAP harus bersetuju dengan keputusan PAS untuk tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam.

Sementara itu, dalam satu majlis berasingan di Alor Setar, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata semua wanita Islam harus memakai tudung, bukan saja di kalangan pelajar tetapi penyampai berita.

Memuji pendekatan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib untuk mempromosikan cara hidup Islam, beliau menegaskan kempen tersebut adalah untuk menggalakkan wanita Islam memakai tudung dan tidak disasarkan kepada kumpulan spesifik.

“Ia perlu disasarkan kepada semua wanita Islam,” katanya pada Selasa.

Bagaimanapun, beliau berkata wanita Islam tidak boleh dipaksa untuk memakai tudung.

Harun berkata demikian bagi mengulas kenyataan Muhammad pada Isnin selepas menyertai PAS yang menegaskan terdapat pembaca berita di kalangan wanita Islam dan kanak-kanak sekolah tidak memakai tudung. -
sumber
The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com

Comments (13)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Tukiran Paidi's avatar

Tukiran Paidi · 629 weeks ago

Baik kita berhujah dahulu mengikut suasana rakyat pada hari ini. Meskipun sudah nampak sokongan dan kebangkitan rakyat untuk berubah, PAS dan Pakatan Rakyat janganlah terus beranggapan mereka sudah berada di dalam zon selesa. Walaupun saya menyokong hudud patut dilaksanakan, pada pendapat saya PAS, terutama segelintir yang menyokong agenda kerajaang perpaduang jangan begitu ghairah untuk melaksanakannya sebaik sahaja Pakatan Rakyat menawan Putra Jaya.

Secara jujur, bukan saya seorang sahaja, malah berjuta-juta lagi rakyat di negara ini hanya memahami asas ibadat di dalam Islam seperti solat, puasa, berzakat serta pengetahuan asas fardhu ain dan kifayah. Jauh sekali memahami secara mendalam tentang hudud samada hudud jenayah atau hudud sivil.

Oleh hal demikian, peranan para ulama dan agamawan harus memberi penerangan yang jelas supaya rakyat benar-benar faham tentang kebaikannya. Maka tidaklah ada lagi suara-suara sumbang seperti yang pernah diluahkan oleh segelintir pemimpin kerajaan yang meperlekeh hukum hudud dan amat menyedihkan lagi kerana kelainan fahaman politik, ada menteri-menteri yang beragama Islam menakut-nakutkan rakyat berkata suatu masa nanti akan kita melihat ramai rakyat Malaysia yang kudung tangan.

Dari sudut, lain, adalah dilihat kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS hanya merupakan keputusan sebuah parti sahaja.seolah-olah semua kepuusan adalah di tangan PAS kalau berjaya memimpin Kerajaan Persekutuan. Seperti UMNO, PAS tak boleh menubuhkan kerajaan tanpa gabungan pelbagai parti, kaum dan agama. Oleh itu, untuk menentukan perlaksanaan hudud boleh diterima sebagai pengganti undang-undang peninggalan penjajah, semua komponen parti dalam Pakatan Rakyat harus duduk semeja, berbincang untuk jenyelesaikan segala kekusutan dan yang paling penting, dapatkan sokongan majoriti rakyat kerana cita-cita murni rakyat untuk menukarkan kerajaan bukanlah kerana PAS atau PKR atau DAP dan mood ini boleh berubah pada bila-bila masa jika Pakatan Rakyat sudah tidak relevan.

Mungkin tidak keterlaluan kalau saya berpendapat bahawa dalam suasana menghadapi PRU 13, adalah kurang menyenangkan bila Timbalan Mursyidul Am PAS membangkitka n isu hudud. Percanggahan pendapat sesama pemimpin dalam Pakatan Rakyat adalah manifestasi belum ujudnya persepakatan dalam menangani isu hudud. Lantas penyokong-penyokong Pakatan Rakyat serta pengundi-pengundi di atas pagar menjadi keliru dan masih tercari-cari di mana sebenarnya ketokohan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat?

Rakyat sudah bijak menilai kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS memberi kesan negatif seolah-olah sebagai matlamat jemaah kerajaang perpaduang untuk menguntungkan pihak lawan. Sebagai tokoh agama dan politikus yang tersohor, Timbalan Mursyidul Am PAS tidak sepatutnya mensia-siakan sokongan rakyat. Seelok-eloknya isu hudud yang sentiasa kontraversi ini hanya ditimbulkan selepas pilihanraya.

Mungkin ada suara yang bertanya siapa saya yang memberi pandang terhadap seorang ulama? Saya mengaku, saya hanyalah seorang yang kerdil untuk menegur sikap seorang ulama, namun untuk menentukan saya memberi undi kepada calon yang benar-benar mengutamakan kesejahteraan rakyat, rasa bersalah pula kalau saya gagal memberi pandangan terhadap sesama makhluk dengan tujuan untuk memperbetulkan keadaan.

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.
vivinardina84's avatar

vivinardina84 · 120 weeks ago

Sangat menginspirasi Gaspol138 Slot
ganrawirawan94's avatar

ganrawirawan94 · 120 weeks ago

Luar biasa Bet188 Slot
dianilestiani3's avatar

dianilestiani3 · 120 weeks ago

Membuka mata Indobet88 Slot
dianilestiani3's avatar

dianilestiani3 · 120 weeks ago

Menyentuh sekali Berkah88 Slot
nananoviani766's avatar

nananoviani766 · 120 weeks ago

Great Games Play Right Here Click The Link Bos188 Slot
6eriska2putri's avatar

6eriska2putri · 120 weeks ago

Main Bersama Agen Terbaik Deposit Pulsa Tanpa Potongan Juragan 99 Slot
anyalestarina's avatar

anyalestarina · 120 weeks ago

Klik Daftar Agen Terbaik Gaspol138 Login
karinayuri's avatar

karinayuri · 120 weeks ago

Login Dan Mainkan Games Gacor Bet188 Login
miharuputeri4's avatar

miharuputeri4 · 120 weeks ago

Bonus Dan Promo Menarik Bet88online
ruyivailena01's avatar

ruyivailena01 · 120 weeks ago

Gacor banget Indobet888
mandrasaputra's avatar

mandrasaputra · 120 weeks ago

Lagi banyak promo nih Indobet888 Slot
Thank you for your tips I haven’t heard this tips before
it very useful for me rtp slot domino

Post a new comment

Comments by